Free Subscriptions

Enter your email address to receive scholarship updates via email:
    Malaysia Students FeedFull Post Feed


Click here to get FREE RM10 (RM5 + RM5) and cashback when you shop online (Groupon, Lazada, Agoda, Qoo10, Taobao.com etc) ★

Biasiswa Tunku Abdul Rahman

Yayasan Tunku Abdul Rahman mempelawa permohonan daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk ditawarkan BIASISWA TUNKU ABDUL RAHMAN. Biasiswa ini diwujudkan untuk mengenang jasa Almarhum Y.T.M. Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj sebagai Perdana Menteri Pertama dan Bapa Kemerdekaan Malaysia. Penerima akan dipilih daripada pelajar yang berjaya melalui proses pemilihan yang rapi.

(a) Syarat Asas
(i) Warganegara Malaysia.
(ii) Umur tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan.
(iii) Baru tamat Semester Satu *, Tahun Pertama Ijazah Sarjana Muda di mana-mana Institusi Pengajian Tinggi Tempatan dalam negara.

(b) Syarat Kelayakan Akademik dan Ko-kurikulum
(i) Memperoleh keputusan cemerlang dalam SPM / STPM / Matrikulasi/ Asas.
(ii) Kepujian dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris di peringkat SPM.
(iii) Memperolehi PNGK / CGPA minimum 3.50 dalam peperiksaan Tahun Satu (1),program Ijazah Sarjana Muda.
(iv) Memiliki kualiti kepimpinan dan penyertaan yang cemerlang/ aktif dalam ko-kurikulum.

(c) Syarat Tambahan
(i) Penerima BIASISWA TUNKU ABDUL RAHMAN diperlukan berkhidmat untuk negara sekurang-kurangnya lima (5) tahun selepas tamat pengajian yang ditaja.

* Calon yang berjaya hanya ditentukan selepas menerima keputusan penuh Semester Kedua, Tahun Pertama, iaitu apabila sah mendapat PNGK / CGPA melebihi 3.5 untuk Tahun Pertama.

KADAR BIASISWA
Kadar Biasiswa adalah seperti berikut:
(i) Yuran Pengajian mengikut kadar yuran sebenar yang dituntut oleh IPT.
(ii) Elaun Sara Hidup bernilai RM1,000 sebulan.
(iii) Elaun Buku bernilai RM500 / semester.
(iv) Elaun-elaun berkaitan pengajian seperti tesis, elaun latihan amal / kertas projek, elaun alat perkakas (sekali setahun).
(v) Tambang penerbangan (2 hala) sekali setahun (untuk pelajar Semenanjung yang belajar di Sabah & Sarawak dan pelajar Sabah & Sarawak yang belajar di Semenanjung).

PERMOHONAN
Klik DI SINI untuk memuat turun Borang Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman. Semua Permohonan mesti dibuat melalui Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) universiti anda. Jika tidak ia akan ditolak.

Tarikh tutup permohonan : 31 Mac 2011

Hanya calon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk temuduga.

Pemohon yang tidak dihubungi selepas 2 bulan dianggap tidak berjaya.

* muat turun Borang Biasiswa Tunku Abdul Rahman

Link: http://www.yayasantar.org.my

About Malaysia Scholarship 2016

Malaysia Scholarship 2016 (Postgraduate, Undergraduate & Pre-university Studies) was formerly known as Malaysia Scholarship Information Centre (biasiswa Mara & JPA).

Get latest Malaysia scholarships (scholarship offers in Malaysia), biasiswa Malaysia & scholarship tips for your PhD scholarship, master scholarship and degree scholarship application (permohonan biasiswa politeknik & Mara).