Free Subscriptions

Enter your email address to receive scholarship updates via email:
    Malaysia Students FeedFull Post Feed


Click here to get FREE RM10 (RM5 + RM5) and cashback when you shop online (Groupon, Lazada, Agoda, Qoo10, Taobao.com etc) ★

JPA Scholarships for IPTA & IPTS (Degree & Diploma)

TAWARAN BIASISWA JABATAN PERKHIDMATAN AWAM BAGI MENGIKUTI PENGAJIAN PERINGKAT DIPLOMA DAN IJAZAH SARJANA MUDA DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM (IPTA) DAN INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA (IPTS) DALAM NEGARA BAGI SESI 2011/2012

Permohonan adalah dipelawa daripada pelajar yang telah mendapat surat tawaran untuk melanjutkan pengajian peringkat diploma atau ijazah sarjana muda mulai Sesi 2011/2012 di Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (Universiti Teknologi Petronas, Universiti Tenaga Nasional Dan Universiti Multimedia sahaja) untuk mendapatkan biasiswa tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

CARA MEMOHON
Permohonan boleh dibuat secara atas talian (online) sahaja. Permohonan adalah percuma. Cara memohon adalah seperti berikut:
  1. Pemohon boleh mengemukakan permohonan mulai 1 Ogos 2011 dengan melayari laman sesawang http://www.jpa.gov.my atau http://esilav2 . jpa. gov. my;
  2. Pemohon dibenarkan menghantar satu permohonan sahaja tetapi dibenarkan mengakses sebanyak 3 kali untuk mengemas kini atau meminda sebelum tarikh tutup permohonan. Hanya permohonan yang terkini sahaja diambil kira sebagai penerimaan permohonan;
  3. Borang permohonan atas talian yang dimuat turun, dicetak dan dihantar melalui pos tidak akan diproses;
  4. Permohonan secara atas talian tidak memerlukan penghantaran salinan sijil-sijil, kecuali dinyatakan dalam "Slip Pengesahan Permohonan Biasiswa JPA Tahun 2011";
  5. Pemohon hendaklah memastikan proses permohonan telah sempurna dengan mencetak "Slip Pengesahan Permohonan Biasiswa JPA Tahun 2011" sebagai bukti permohonan telah dibuat;
  6. Pertanyaan mengenai masalah teknikal semasa mengisi borang permohonan atas talian boleh dibuat dengan menghubungi talian 03388853453, 03-88853541 atau 03-88853532. Talian-talian ini dibuka setiap hari dari jam 8:00 pagi hingga 5:00 petang (Isnin - Jumaat); dan
  7. Pertanyaan mengenai· proaram tajaan boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-88853049 (10 talian) pad a setiap hari bekerja mulai jam 8:00 pagi hingga 5:00 petang atau e-mel di alamat pidn2011@jpa.gov.my.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN
Tarikh tutup permohonan ialah pada 7 Ogos 2011 (Ahad). Permohonan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan.

KEPUTUSAN PERMOHONAN
Keputusan permohonan biasiswa Program Ijazah Dalam Negara dijangka akan diumumkan melalui laman sesawang http://esilav2.jpa.gov.my pada 23 September 2011 (Jumaat).

About Malaysia Scholarship 2016

Malaysia Scholarship 2016 (Postgraduate, Undergraduate & Pre-university Studies) was formerly known as Malaysia Scholarship Information Centre (biasiswa Mara & JPA).

Get latest Malaysia scholarships (scholarship offers in Malaysia), biasiswa Malaysia & scholarship tips for your PhD scholarship, master scholarship and degree scholarship application (permohonan biasiswa politeknik & Mara).