Skip to main content

Sarawak Scholarship Loan for Undergraduates

TAWARAN BIASISWA PINJAMAN KERAJAAN NEGERI SARAWAK PERINGKAT IJAZAH SARJANA MUDA SESI 2011/2012

Permohonan adalah dipelawa untuk memohon Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negeri Sarawak bagi mengikuti kursus-kursus di peringkat Ijazah Sa~ana Muda di Institut Pengajian Tinggi Awam Tempatan bagi sesi pengajian 2011/2012.

A. SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
  1. Mendapat tawaran kemasukan atau mengikut pengajian bagi kursus-kursus di peringkat Ijazah Sarjana Muda di Institut Pengajian Tinggi Awam Tempatan secara sepenuh masa KECUALI kursus Doktor Perubatan, Pembedahan dan Pergigian;
  2. Sedang dan akan mengikuti pengajian secara SEPENUH MASA;
  3. Merupakan Warganegara Malaysia dan pemastautin tetap di Sarawak;
  4. TIDAK mendapat sebarang penajaan atau pinjaman daripada mana-mana agensi lain;
  5. TIDAK mengikuti pengajian di Institut Pengajian Tinggi Swasta; dan
  6. Pegawai-pegawai Perkhidmatan Awam/Badan Berkanun yang bercuti belajar dan menerima Separuh Gaji atau Bergaji Penuh adalah TIDAK LAYAK memohon.

B. CARA MEMOHON
Semua pennohonan hendaklah dikemukakan SECARA DALAM TALIAN (ON-LINE) melalui di laman web seperti berikut:
  1. http://www.sarawak.gov.my
  2. http://escholarship.sarawak.gov.my
  3. http://www.psc.sarawak.gov.my
C. DOKUMEN-DOKUMEN
Permohonan secara dalam talian yang telah diisi hendaklah lengkap dan tepat seperti yang tercatat dalam dokumen dan sijil asal.

Pemohon yang berjaya dipanggil temuduga DIWAJIBKAN untuk membawa bersama salinan asal DAN satu salinan fotokopi dokumen dan sijil yang berkaitan seperti yang telah DISAHKAN SEPERTI SALINAN ASAL dikemukakan kepada urusetia:

  1. Salinan cetak borang permohonan secara dalam talian (Online Form);
  2. Sekeping gambar berukuran paspot;
  3. Kad pengenalan (MyKad);
  4. Sijil kelahiran;
  5. Salinan bank akaun/surat pengesahan akaun bank pemohon;
  6. Slip gaji/penyata pendapatan ibu bapalpenjaga (sila rujuk iklan di lam an web);
  7. Surat Tawaran kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam Tempatan (disahkan oleh Hal Ehwal Pelajar Institusi masing-masing);
  8. Slip Elaun BersaralPenyata Pencen (jika berkenaan);
  9. Sijil Kematian ibubapalSurat Asal Perakuan Cerai (jika berkenaan);
  10. Sijil Kelulusan persekolahan: SPM/SPMV, STPM;
  11. Sijil Akuan Ko-Kurikulum; dan
  12. Salinan dokumen-dokumen lain yang berkaitan seperti:
    (a) Sijil pendaftaran pemohon kurang upaya (OKU)/Surat pengesahan penerima bantuan Jabatan Kebajikan MasyarakatIProgram Kesejahteraan Rakyat (jika berkenaan) dan lain-lain.

D. TEMPOH PERMOHONAN
Tempoh permohonan adalah dari 30 Julai 2011 (Sabtu) sehingga 28 Ogos 2011 (Ahad).