Skip to main content

Biasiswa Hajar Zainuddin


Closing Date
24 September 2011

BIASISWA HAJAR ZAINUDDIN
Biasiswa ini diwujudkan bagi meneruskan kesinambungan matlamat penubuhan Asrama Darul Hana di Alor Star, Kedah sejak tahun 1985 yang banyak berfungsi menyediakan penginapan untuk pelajar peringkat menengah di Maktab Mahmud, Alor Star, Kedah. Keinginan untuk memberi sumbangan dalam bidang pendidikan diteruskan lagi dengan memberi sumbangan kepada pelajar Universiti Malaya dalam bentuk anugerah biasiswa. Objektif penubuhan Biasiswa Hajar Zainuddin ialah untuk memberi sokongan kepada pelajar wanita yang cemerlang dan berasal dari keluarga berpendapatan rendah untuk meneruskan pengajian peringkat Ijazah Pertama dalam bidang Ekonomi dan Kejuruteraan di Universiti Malaya.

Bidang Pengajian
·         Sarjana Muda Ekonomi
·         Sarjana Muda Kejuruteraan

Syarat Kelayakan
·         Mestilah seorang perempuan beragama Islam.
·         Warganegara Malaysia.
·         Berada dalam tahun kedua pengajian pada sesi 2011/2012.
·         Memperoleh PNGK terkini sekurang-kurangnya 3.5 ke atas.
·         Mempunyai kemahiran kepimpinan dan boleh berinteraksi dengan baik.
·         Aktif dalam kegiatan kokurikulum dan sukan.
·         Boleh menulis dan bertutur dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dengan baik.
·         Keutamaan akan diberikan kepada anak yatim.
·         Belum menerima tajaan biasiswa/pinjaman. Sekiranya telah menerima tajaan, tajaan yang sedia ada perlu dibatalkan.

Kadar Biasiswa
·         Kadar biasiswa ialah sebanyak RM3,300.00 bagi satu semester sepanjang tempoh minimum pengajian.          
                                                                                                                                                            
Cara Memohon
·         Muat turun borang permohonan.  
·         Borang yang telah lengkap diisi dengan disertakan salinan dokumen sokongan yang telah disahkan benar hendaklah dikembalikan ke Pejabat Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Universiti Malaya.

Tarikh Tutup Permohonan
·         Tarikh tutup permohonan ialah pada 24 September 2011.
·         Permohonan yang tidak lengkap atau lewat diterima akan ditolak.
·         Pelajar yang disenarai pendek sahaja yang akan dipanggil untuk ditemuduga.
·         Calon yang berjaya akan diberitahu melalui surat.