Free Subscriptions

Enter your email address to receive scholarship updates via email:
    Malaysia Students FeedFull Post Feed


Click here to get FREE RM10 (RM5 + RM5) and cashback when you shop online (Groupon, Lazada, Agoda, Qoo10, Taobao.com etc) ★

Bursary Pelajar Cemerlang SPM Kementerian Pendidikan Malaysia

[Updated 2014]
Bursary Pelajar Cemerlang SPM Kementerian Pendidikan Malaysia
Bursary Pelajar Cemerlang SPM Kementerian Pendidikan Malaysia
1. Bursary KPM adalah merupakan penajaan di peringkat persediaan sebelum pelajar melanjutkan pengajian Ijazah Pertama dalam pelbagai bidang di universiti sama ada di dalam atau luar negara.
2. Bursary ini bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada pelajar cemerlang lepasan SPM 2013 yang memperoleh keputusan SPM 2013 9A+ dan ke atas.
3. Program persediaan yang ditawarkan Bursary KPM adalah berikut:
Pelajar boleh mengikuti program STPM di mana-mana sekolah yang menawarkan program ini. Tempoh pengajian adalah selama 2 tahun. Pelajar lepasan STPM berpeluang memohon masuk ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam dan luar negara untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Pertama.
Matrikulasi adalah program pra-universiti anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia yang menawarkan kursus persediaan jurusan Sains dan jurusan Perakaunan bagi melayakkan pelajar melanjutkan pengajian Ijazah Pertama pelbagai bidang di IPT dalam negara. Tempoh pengajian adalah selama setahun. Kelayakan ini turut diterima pakai untuk memohon kemasukan ke IPT luar negara TERHAD kepada universiti yang menerima kemasukan lepasan Matrikulasi. Pelajar yang layak di bawah Bursary KPM boleh mengikuti program persediaan ini di institusi berikut:
  1. Kolej Matrikulasi Melaka
  2. Kolej Matrikulasi Labuan
  3. Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan
  4. Kolej Matrikulasi Pulau Pinang
  5. Kolej Matrikulasi Perlis
  6. Kolej Matrikulasi Johor
  7. Kolej Matrikulasi Perak
  8. Kolej Matrikulasi Kedah
  9. Kolej Matrikulasi Pahang
  10. Kolej Matrikulasi Selangor
  11. Kolej Matrikulasi Teknikal Kedah
  12. Kolej Matrikulasi Teknikal Pahang
  13. Kolej Matrikulasi Teknikal Johor
Program persediaan Asasi adalah program pra-universiti anjuran Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia yang menawarkan kursus persediaan seperti Sains Hayat, Sains Fizikal dan Sastera. Program ini adalah menjurus kepada kemasukan pengajian ijazah pertama di IPT dalam negara. Tempoh pengajian adalah selama setahun. Pelajar yang layak di bawah Bursary KPM boleh mengikuti program persediaan ini di institusi berikut:
  1. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
  2. Universiti Teknologi Mara (UiTM)
  3. Universiti Putra Malaysia (UPM)
  4. Universiti Malaya Kuala Lumpur/Universiti Malaya Nilam Puri
  5. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
  6. Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
  7. Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
  8. Universiti Malaysia Sabah (UMS)
  9. Asasi Pintar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Kursus persediaan IB merupakan program persediaan universal yang diterima pakai sebagai kelayakan masuk ke IPT dalam dan luar negara untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Pertama. Tempoh pengajian adalah selama 2 tahun. Walau bagaimanapun, bagi kemasukan ke IPTA kelayakan IB hanyalah terhad kepada bidang SELAIN daripada bidang kompetitif (Perubatan, Pergigian dan Farmasi). Pelajar yang layak di bawah Bursary KPM boleh mengikuti program persediaan ini di institusi berikut:
  1. Sri KDU International School (KDU), Selangor
  2. Taylor's University College, Selangor
Kursus persediaan A-Level ini merupakan program persediaan universal yang diterima pakai sebagai kelayakan masuk ke IPT dalam dan luar negara untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Pertama. Tempoh pengajian adalah selama 18 hingga 24 bulan. Walau bagaimanapun, bagi kemasukan ke IPTA dalam negara kelayakan ALevel hanyalah terhad kepada bidang SELAIN daripada bidang kompetitif (Perubatan, Pergigian dan Farmasi). Pelajar yang layak di bawah Bursary KPM akan ditempatkan untuk mengikuti program persediaan yang dipilih di institusi persediaan seperti berikut:-
  1. Cempaka International School (CIS), Selangor
  2. HELP University College, Selangor
  3. Institut Teknologi Riam, Sarawak
  4. International Islamic School, Selangor
  5. INTI International University, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang
  6. Kolej Antarabangsa Wadi Sofia, Kelantan
  7. Kolej Bandar Utama (KBU), Selangor
  8. Kolej Damansara Utama (KDU), Kuala Lumpur dan Pulau Pinang
  9. Kolej Teknologi Timur, Selangor
  10. Kolej Yayasan Saad, Melaka
  11. Methodist College KL, Kuala Lumpur
  12. SEGI University College, Selangor
  13. Stamford College, Selangor
  14. Sunway University College, Selangor
  15. Taylor's University College, Selangor
  16. UCSI University, Kuala Lumpur
Bagi kesemua program persediaan yang tersenarai di atas, penawaran Bursary KPM tertakluk kepada pelajar telah ditawarkan/ditempatkan di institusi persediaan yang telah ditetapkan. Sila layari laman sesawang KPM di www.moe.gov untuk membuat semakan dan pengemaskinian profil pelajar Bursary KPM mulai 25 Mac 2013. Pengesahan penerimaan tawaran perlu dibuat sebelum atau pada 16 Jun 2013 tertakluk kepada tarikh tawaran kemasukan ke institusi persediaan.
4. Pelajar yang menerima Bursary KPM layak mendapat kemudahan dan elaun berikut:-
  • Pembiayaan yuran pengajian di institusi persediaan; dan
  • Elaun Sara Hidup sebanyak RM430.00 sebulan.
Syarat-syarat Bursary Pelajar Cemerlang SPM
Pelajar-pelajar cemerlang lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2013 akan ditawarkan secara automatik Bursary di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bagi mengikuti pengajian peringkat persediaan di dalam negara sahaja. Pelajar-pelajar mestilah memenuhi syarat-syarat berikut:
I. Syarat-Syarat Umum
  1. Mendapat 9A+ dan ke atas dalam peperiksaan SPM pada tahun 2013;
  2. Warganegara Malaysia; dan
  3. Umur belum mencapai 18 tahun (19 tahun bagi pelajar peralihan) pada 31 Disember 2013.
II. Syarat-Syarat Khusus
a. Mengikuti salah satu program persediaan berikut:-
  1. Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia
  2. Matrikulasi
  3. Asasi
  4. International Baccalaureate (IB)
  5. A-Level
b. Mengikuti pengajian peringkat persediaan di institusi persediaan dalam negara yang telah ditetapkan.

Link: http://apps.moe.gov.my/bursaryspm/

About Malaysia Scholarship 2016

Malaysia Scholarship 2016 (Postgraduate, Undergraduate & Pre-university Studies) was formerly known as Malaysia Scholarship Information Centre (biasiswa Mara & JPA).

Get latest Malaysia scholarships (scholarship offers in Malaysia), biasiswa Malaysia & scholarship tips for your PhD scholarship, master scholarship and degree scholarship application (permohonan biasiswa politeknik & Mara).