Skip to main content

Biasiswa Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV Scholarships)

Biasiswa Felda Global Ventures Holdings Berhad Scholarships
TARIKH TUTUP
30 Mac 2014

TERMA DAN SYARAT PERMOHONAN

BIDANG PENGAJIAN
  1. Kejuruteraan Mekanikal
  2. Kejuruteraan Kimia
  3. Bioteknologi
  4. Nanoteknologi
  5. Perakaunan
  6. Kewangan
  7. Pemasaran Antarabangsa
KELAYAKAN AKADEMIK
  1. Kejuruteraan Mekanikal, Kejuruteraan Kimia, Bioteknologi dan Nanoteknologi
    Keputusan SPM 2013 dengan sekurang-kurangnya 9A termasuk subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik Tambahan, Matematik, Fizik/Kimia/Biologi dan mana-mana subjek yang berkaitan.
  2. Perakaunan, Kewangan, Teknologi Maklumat dan Pemasaran Antarabangsa
    Keputusan SPM 2013 dengan sekurang-kurangnya 9A termasuk subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik/Perakaunan/Matematik Tambahan, Sains/Fizik/Kimia/Biologi, Sejarah/Geografi dan mana-mana subjek yang berkaitan.
KELAYAKAN AM
  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak melebihi 18 tahun pada 31 Disember 2014
  • Menonjolkan ciri-ciri kepimpinan melalui penglibatan aktif dalam aktiviti kokurikulum
  • Mahir bertutur dan menulis dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia
TERMA DAN SYARAT TERMA DAN SYARAT
  • Jawatankuasa Pemilihan Felda Global Ventures Holdings Berhad berhak memilih calon-calon yang layak dan semua keputusan adalah muktamad.
  • Pemilihan kursus adalah terhad kepada jurusan yang ditawarkan dan tertakluk kepada keputusan Jawatankuasa Pemilihan.
  • Jawatankuasa Pemilihan berhak untuk meminda/menukar kriteria kelayakan bilamana perlu.
  • Calon-calon yang tidak layak, permohonan yang tidak lengkap dan permohonan yang diterima selepas tarikh tutup tidak akan dipertimbangkan.
KAEDAH PERMOHONAN
  1. Permohonan perlu dibuat secara online melalui laman web www.feldaglobal.com
  2. Permohonan secara online ini dibuka sehingga 30 Mac 2014.
  3. Setiap pemohon mestilah mempunyai emel peribadi masing-masing.
  4. Permohonan perlu dibuat secara online sepenuhnya dengan klik menu PERMOHONAN BIASISWA di bahagian kiri, dan mendaftar sebagai pengguna sistem. Permohonan secara manual tidak akan diproses.
  5. Borang permohonan yang lengkap diisi dan dihantar perlu dicetak dan ditandatangani serta dibawa bersama semasa menghadiri sesi temuduga.
  6. Pemohon yang dipanggil temuduga dikehendaki membawa dokumen asal serta salinan dokumen yang telah disahkan iaitu kad pengenalan, slip SPM 2013, sijil-sijil akademik, sijil-sijil ko-kurikulum, sijil-sijil kelahiran, kad pengenalan ibu dan bapa, slip gaji ibu dan bapa serta sekeping gambar berukuran pasport.
  7. Hanya pemohon-pemohon yang disenarai pendek sahaja yang akan dipanggil untuk ditemuduga.
FGV Scholarships