Skip to main content

Biasiswa Yang di-Pertuan Agong Sesi Pengajian 2014/2015 JPA

Biasiswa Yang di-Pertuan Agong Sesi Pengajian 2014/2015
Tarikh Tutup
18 Julai 2014

BIASISWA YANG DI-PERTUAN AGONG SESI PENGAJIAN 2014/2015 JABATAN PERKHIDMATAN AWAM (JPA)

Permohonan adalah dipelawa daripada semua warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon Biasiswa Yang di-Pertuan Agong Sesi Pengajian 2014/2015 bagi mengikuti pengajian di peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah di dalam dan Iuar negara dalam bidang Sains dan Teknologi, Ekonomi, Undang-undang dan Kewangan Islam.

Keterangan mengenai Program Biasiswa Yang di-Pertuan Agong Sesi Pengajian 2014/2015, syarat-syarat permohonan dan panduan permohonan boleh diperolehi dengan melayari portal www.iga.gov.my atau httg://esi|av2.iga.gov.my mulai tarikh iklan ini disiarkan.

Borang permohonan hendaklah diisi secara dalam talian (on-line) melalui portal www.iga.gov.my atau httg://esi|av2.iga.gov.my mulai jam 5.00 petang, 03 Julai 2014.

Tarikh tutup permohonan dalam talian (on-line) dan penghantaran borang permohonan Biasiswa Yang di-Pertuan Agong Sesi Pengajian 2014/2015 ialah pada 18 Julai 2014.

Pertanyaan mengenai Biasiswa Yang di-Pertuan Agong Sesi Pengajian 2014/2015 boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-88853546/3569/3571 pada setiap hari bekerja mulai jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang atau e-mel di alamat |[email protected].

lklan ini dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia

Link: http://www.moe.gov.my