Skip to main content

Program Pembiayaan Pendidikan Tunas Potensi

Program Pembiayaan Pendidikan Tunas Potensi
Tarikh Tutup
26 February 2016 (Jummat)

Program Pembiayaan Pendidikan Tunas Potensi
Program ini merupakan satu program pembiayaan pendidikan untuk pelajar lepasan SPM/STPM yang berpotensi, berpendapatan isirumah rendah dari latarbelakang yang mencabar bagi mendapatkan pendidikan tertiari berkualiti. Tawaran program pembiayaan pendidikan ini terbuka kepada semua Bumiputera Malaysia yang mempunyai prestasi serta berminat untuk melanjutkan pengajian mereka ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT).

Syarat-syarat Kelayakan
Untuk memohon, sila pastikan anda memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (Yayasan Peneraju) seperti yang berikut:

1. Bumiputera Warganegara Malaysia (Lepasan SPM/STPM 2015)
2. Keputusan Percubaan Peperiksaan SPM/STPM:


  • SPM 2015
    Calon Persediaan Ke Luar Negara Minima 8A Sekurang-kurangnya A bagi subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Pendidikan Islam/Moral, Sejarah, Matematik Tambahan, Kimia dan Fizik/Biologi
    Calon Kursus Sains Kesihatan Minima 8A- (Sekurang-kurangnya A- bagi subjek Biologi, Kimia dan Matematik)
    Calon Kursus Kejuruteraan Minima 7A- (Sekurang-kurangnya A- bagi subjek Fizik/Kimia, Matematik dan Matematik Tambahan)
    Calon Kursus Lain-Lain Minima 5A- (Mendapat sekurang-kurangnya gred B bagi subjek Matematik, gred C+ bagi subjek Bahasa Inggeris dan gred C bagi subjek Sejarah)               

  • STPM 2015
    Minima 2A- (Mendapat Minima 5A- bagi SPM 2013 dengan sekurang-kurangnya gred B bagi subjek Matematik, C+ bagi subjek Bahasa Inggeris dan gred C bagi subjek Sejarah)       

  • 3. Jumlah pendapatan atau gaji kasar ibu dan bapa / penjaga tidak melebihi RM4,000 sebulan.
    4. Aktif dalam ko-kurikulum dan menunjukkan sifat kepimpinan yang tinggi.

    Sila semak senarai kursus dan institusi pengajian (beserta kelayakan minima) di bawah tajaan Yayasan Peneraju dan Soalan-Soalan Lazim sebelum membuat permohonan.

    Senarai Kursus, Institusi dan Kelayakan Minima
    Download pdf

    Permohonan
    Untuk memohon, sila muat turun dan cetak borang permohonan di atas dan hantar bersama-sama dokumen sokongan ke alamat berikut sebelum 26 Februari 2016 (Jumaat):
    Peneraju Tunas Potensi 2016
    Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera,
    Tingkat 15-1, Mercu UEM
    Jalan Stesen Sentral 5, KL Sentral
    50470 Kuala Lumpur.
    Sila lanjutkan sebarang pertanyaan mengenai program pembiayaan ini kepada [email protected]

    Link: http://yayasanpeneraju.com.my