Skip to main content

Biasiswa JPA Program Khas Kejuruteraan Jepun, Korea, Perancis dan Jerman

Is KPM Bursary Still Being Offered in 2016 for SPM 2015? What are the other biasiswa JPA scholarships still available in 2016?
Biasiswa JPA Program Khas Kejuruteraan Jepun, Korea, Perancis dan Jerman

TARIKH TUTUP
10 Mac 2016 5PM

SYARAT PERMOHONAN PROGRAM KHAS KEJURUTERAAN JEPUN, KOREA, PERANCIS DAN JERMAN TAHUN 2016 UNTUK PELAJAR LEPASAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2015

PENGENALAN
Permohonan adalah dipelawa kepada calon-calon yang menduduki SPM pada tahun 2015 bagi kali pertama untuk mendapatkan tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi mengikuti pengajian di bawah Program Khas Kejuruteraan di negara Jepun, Korea, Perancis dan Jerman. Calon-calon yang berjaya dipilih bagi program ini akan mengikuti program persediaan sebelum melanjutkan pengajian peringkat Ijazah Pertama di negara berkenaan.

SYARAT PERMOHONAN
Calon-calon mestilah memenuhi syarat-syarat umum dan khusus permohonan seperti berikut:
Syarat-Syarat Umum
(a) Warganegara Malaysia;
(b) Umur belum mencapai 19 tahun pada tahun permohonan
(20 tahun bagi pelajar peralihan);
(c) Mempunyai kesihatan yang baik;
(d) Ibu bapa dan ahli keluarga tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang JPA; dan
(e) Pemohon tidak menerima bantuan kewangan/ tajaan dari mana- mana agensi untuk pengajian atau peringkat yang sama.

Syarat Khusus
Mendapat sekurang-kurangnya gred A- dalam tujuh (7) mata pelajaran berikut:
(a) Bahasa Melayu;
(b) Sejarah;
(c) Pendidikan Islam atau Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah/ Pendidikan Syariah Islamiah/ Pendidikan Moral;
(d) Bahasa Inggeris;
(e) Fizik;
(f) Kimia;
(g) Matematik Tambahan; dan
(h) Tidak mempunyai sebarang gred C dalam mana-mana mata pelajaran yang diambil.

MAKLUMAT PROGRAM KHAS KEJURUTERAAN JEPUN, KOREA, PERANCIS DAN JERMAN TAHUN 2016

PENGENALAN
Program Khas Kejuruteraan Jepun, Korea, Perancis dan Jerman Tahun 2016 adalah program penajaan JPA bagi pelajar lepasan SPM 2015 ke negara Jepun, Korea, Perancis dan Jerman bagi mengikuti pengajian dalam bidang kejuruteraan. Pelajar akan ditaja mengikuti program persediaan sebelum melanjutkan pengajian peringkat Ijazah Pertama di negara berkenaan.

STRUKTUR PENGAJIAN PROGRAM KHAS KEJURUTERAAN JKPJ
Struktur pengajian bagi Program Khas Kejuruteraan JKPJ adalah seperti berikut:
ProgramPersediaanIjazah
KolejKursusTempoh
Kejuruteraan Teknikal JepunInternational Education Centre (INTEC)Persediaan Teknikal Jepun24 bulanDip:3thn
Bsc:2thn
Kejuruteraan Teknikal KoreaInternational Education Centre (INTEC)Persediaan9 bulanDip:3thn
Bsc:2thn
Seoul National University (SNU)12 bulan
Kejuruteraan Teknikal PerancisInternational Education Centre (INTEC)
IPT terpilih di Perancis
Persediaan24 bulanDip:3thn
DUT:2thn
Malaysia France Institute (MFI)
Kejuruteraan Teknikal JermanInternational Education Centre (INTEC)A-Level21 bulanBsc:3thn
Mstr:2thn
Kolej Bandar Utama (KBU)AUSMAT18 bulan

Nota:
Dip: Diploma
Bsc: Bachelor
Mstr: Master
DUT: Diplom Universitaire de Technologies

PROGRAM KEJURUTERAAN TEKNIKAL JEPUN
Pelajar yang berjaya ditawarkan penajaan Program Kejuruteraan Teknikal Jepun akan mengikuti kursus persediaan selama 24 bulan di Pusat Persediaan Kajian Teknikal Jepun, di INTEC UiTM, Shah Alam. Pelajar-pelajar akan menduduki peperiksaan MONKASHO yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Jepun (MEXT) pada akhir tahun 2 kursus persediaan.

Pelajar yang lulus peperiksaan tersebut dan memenuhi syarat kemasukan ke kolej-kolej teknikal di Jepun serta memenuhi syarat yang ditetapkan oleh JPA akan meneruskan pengajian kejuruteraan peringkat Diploma selama 3 tahun di Kolej Teknikal di Jepun. Pelajar berpeluang melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Pertama dengan tajaan JPA sekiranya menunjukkan prestasi yang cemerlang di peringkat Diploma dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh JPA serta diterima masuk ke universiti di Jepun. Tempoh pengajian peringkat Ijazah Pertama di universiti di Jepun selepas mengikuti program Diploma ialah 2 tahun.

PROGRAM KEJURUTERAAN TEKNIKAL KOREA
Pelajar yang berjaya ditawarkan penajaan Program Kejuruteraan Teknikal Korea akan mengikuti kursus persediaan selama 9 bulan di INTEC, UiTM Shah Alam. Pelajar kemudiannya akan menyambung kursus persediaan selama 12 bulan di Language Education Institute, Seoul National University, Republik Korea sebelum mengikuti pengajian kejuruteraan peringkat Diploma di Kolej Teknikal di Republik Korea selama 3 tahun. Pelajar berpeluang melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Pertama dengan tajaan JPA sekiranya menunjukkan prestasi yang cemerlang di peringkat Diploma dan memenuhi syarat- syarat yang ditetapkan serta diterima masuk ke univerisiti di Republik Korea. Tempoh pengajian peringkat Ijazah Pertama di universiti di Republik Korea selepas mengikuti program Diploma ialah 2 tahun.

PROGRAM KEJURUTERAAN PERANCIS
Pelajar yang berjaya ditawarkan penajaan Program Kejuruteraan Perancis akan mengikuti kursus persediaan sama ada di INTEC, UITM Shah Alam atau di Malaysia France Institute (MFI) Bangi.

Pelajar yang berjaya ditawarkan penajaan Program Kejuruteraan Perancis akan mengikuti kursus persediaan di INTEC, UITM Shah Alam selama 1 bulan dan seterusnya menyambung pengajian persediaan di Perancis selama 12 bulan. Prestasi pelajar semasa kursus persediaan di Perancis akan menentukan sama ada pelajar layak atau tidak untuk meneruskan pengajian peringkat Ijazah Pertama selama 5 tahun di universiti-universiti terkemuka di Perancis (Grand Ecole).

Pelajar yang mengikuti kursus persediaan di Malaysia France Institute (MFI) pula akan mengikuti kursus Bahasa Perancis dan beberapa mata pelajaran Sains dan Matematik bagi tujuan mengambil peperiksaan kursus persediaan. Selepas berjaya di peringkat persediaan dan memenuhi had kecemerlangan akademik yang ditetapkan, pelajar akan meneruskan pengajian di Institute University de Technologie (IUT) bagi memperolehi kelayakan Diplom Universitaire de Technologies (DUT).

Seterusnya pelajar akan mengikuti pengajian Diplome d’Ingenieur selama 3 tahun di Grande Ecole. Kelayakan ini memenuhi keperluan untuk tujuan pendaftaran sebagai jurutera Siswazah dengan Lembaga Jurutera Malaysia DAN ianya juga dinilai setaraf dengan Ijazah Sarjana Kejuruteraan dari IPT tempatan.

Diplom Universitaire de Technologies (DUT) dari Institute University de Technologie (IUT) diiktiraf sebagai setaraf dengan Diploma Kejuruteraan dari Institusi Pengajian Tinggi (IPT) tempatan bagi maksud lantikan dalam Perkhidmatan Awam Malaysia.

PROGRAM KEJURUTERAAN JERMAN
Pelajar yang berjaya ditawarkan penajaan Program Kejuruteraan Jerman akan mengikuti kursus persediaan sama ada di INTEC, UITM Shah Alam atau Kolej Bandar Utama (KBU) selama 18 hingga 21 bulan. Semua pelajar yang lulus dengan jayanya kursus persediaan seterusnya akan ditaja mengikuti pengajian peringkat Bachelor selama 3 tahun di institusi-institusi pengajian tinggi di Jerman.

Pelajar berpeluang melanjutkan pengajian ke peringkat Master di Jerman dengan tajaan JPA sekiranya menunjukkan prestasi yang cemerlang di peringkat Bachelor dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan. Tempoh pengajian peringkat Master ialah 2 tahun.

Kelayakan Bachelor’s (B Eng/ B Sc.) dalam bidang Kejuruteraan dari Universiti Applied Sciences (UAS) di Jerman adalah tidak setaraf dengan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan dari Institiusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) tempatan. Kelayakan yang diiktiraf sebagai setaraf dengan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan adalah selepas ditambah nilai dengan Ijazah Master’s (M Eng/ M Sc.) di Bidang Kejuruteraan yang sama secara Kerja Khusus (Tought Course) dari IPTA atau IPT yang diiktiraf Kerajaan.

Link: http://esilav2.jpa.gov.my