Skip to main content

Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah Jabatan Perkhidmatan Awam

Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah Jabatan Perkhidmatan Awam
TARIH TUTUP PERMOHONAN
11 April 2016

BIASISWA KERAJAAN NEGERI SABAH BAGI TAHUN 2016
Warganegara Malaysia yang berasal dari Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan dan salah seorang ibu atau bapa pemohon berasal dan dilahirkan di Sabah atau Wilayah Persekutuan Labuan dipelawa memohon Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah untuk mengikuti kursus-kursus yang disenaraikan:

(A) BIDANG DAN PERINGKAT PENGAJIAN
1. Diploma di Institusi Pengajian Tinggi Tempatan (IPT)
Kejuruteraan Kesihatan dan Perusahaan Ternak
Seni Bina (Architecture) Pertanian
Perakaunan Sains Tulin
Juru Ukur Teknologi Maklumat
   
2. Ijazah Sarjana Muda di Institusi Pengajian Tempatan (IPT)
Perubatan Pengajian Islam
Pergigian Matematik
Perubatan Veterinar Sains Tulen (Biologi/Kimia/Fizik)
Farmasi TESL
Kejuruteraan Psikologi
Ukur Bahan Sains Komputer
Seni Bina (Architecture) Ekonomi
Sains dan Teknologi Makanan Perakaunan
Sains Bioteknologi Pentadbiran Perniagaan
Akuakultur Pelancongan dan Hospitaliti
Sains Biologi Marin Undang-Undang
Sains Alam Sekitar Pengurusan Ladang
Perikanan Pertanian
Perhutanan Muzik
Komunikasi Pendidikan
Pengangkutan dan Logistik Teknologi Maklumat
   
(B) KELAYAKAN MEMOHON
1. Had Umur
Bagi kursus (A) 1 pemohon hendaklah tidak melebihi 20 tahun.
Bagi kursus (A) 2 pemohon hendaklah tidak melebihi 25 tahun.
     
2. Kelayakan Akademik
Kursus Diploma
Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh sekurang-kurangnya gred C dalam lima (5) mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu dan mata pelajaran yang berkaitan dengan bidang kursus yang hendak diikuti. Lulus dengan kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris untuk universiti yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Penghantar.
 
Kursus Sarjana Muda
Lulus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan memperoleh sekurang-kurangnya CGPA 3.5.  Kelayakan ini haruslah diperoleh dengan hanya sekali menduduki peperiksaan atau kelayakan yang setaraf.

Lulus Matrikulasi dengan memperolehi sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.5

Lulus Foundation dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.5
 
Perubatan, Pergigian dan Farmasi
Kursus Perubatan, Pergigian dan Farmasi perlu mendapat sekurang-kurangnya CGPA 3.5 di peringkat STPM/Diploma/Matrikulasi. Tawaran biasiswa hanya di Institusi Pengajian Tinggi (IPT)dalam negeri sahaja.

Pemohon yang sedang belajar di Institusi Pengajian Tinggi Tempatan (IPT) kecuali Perubatan, Pergigian dan Farmasi perlu mendapat sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.5 keputusan semasa untuk meneruskan pengajian ke peringkat Diploma dan Sarjana Muda.
 
(C) CARA MEMOHON
Permohonan dibuat melalui on-line dengan melayari Web : www.biasiswa.sabah.gov.my mulai   10  Mac 2016. Pemohon mestilah mempunyai E-Mail peribadi masing-masing.
 
(D) PERHATIAN
Bagi pelajar Sijil Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia, pemohon bolehlah menggunakan Keputusan Peperiksaan Semester Satu (1) dan mengemaskini semula permohonan apabila keputusan peperiksaan semester terakhir diperolehi dan kemukakan ke Bahagian Biasiswa, JPANS dengan segera.

Permohonan yang tidak lengkap atau tidak memenuhi syarat-syarat seperti yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan.

Keputusan permohonan boleh disemak melalui online.

Kursus-kursus Matrikulasi/Asasi/Foundation tidak ditaja.

Tarikh tutup permohonan ialah 11 April 2016. Permohonan lewat tidak akan dipertimbangkan.

Link: http://www.biasiswa.sabah.gov.my