Free Subscription

Enter your email address to receive scholarship updates via email:
    Malaysia Students FeedFull Post Feed


Click here to get FREE RM10 (RM5 + RM5) and cashback when you shop online (Groupon, Lazada, Agoda, Qoo10, Taobao.com etc) ★

Biasiswa Fair & Lovely Scholarship

Biasiswa Fair & Lovely Scholarship
Tarikh Tutup
30 April 2017

Biasiswa Fair & Lovely Scholarship
REALISASIKAN ASPIRASI ANDA
Fair & Lovely kembali menawarkan biasiswa kepada mahasiswi yang beraspirasi. Adakah anda bakal menjadi antara 40 penerima tahun ini? Hanya 2 cara untuk memastikannya: Mohon Biasiswa / Undi Universiti

BIASISWA FAIR & LOVELY RM200,000* MENANTI
Setiap wanita mempunyai impian… Fair & Lovely memahami hasrat mereka dan perlunya perancangan yang kukuh untuk menjamin masa hadapan. Intipati jenama Fair & Lovely iaitu ‘Mencipta semula hala tuju kehidupan’ memainkan peranan penting dalam membantu wanita untuk mengenal pasti dan mengembangkan potensi yang dimiliki.

Dengan azam untuk memperkasakan wanita supaya menjadi lebih berdikari, Fair & Lovely kini menawarkan biasiswa berjumlah RM200,000 yang akan dibahagikan kepada 40 penerima yang layak.

Jadi, kepada semua mahasiswi di Malaysia yang beraspirasi, ambil langkah pertama anda: mohon Biasiswa Fair & Lovely hari ini!

UNIVERSITI TERLIBAT
Berikut ialah universiti-universiti yang telah dipilih oleh Penganjur di mana warga siswinya layak untuk menerima Biasiswa Fair & Lovely:

  • Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
  • Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)
  • Universiti Malaysia Pahang (UMP)
  • Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
  • Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  • Universiti Putra Malaysia (UPM)
  • Universiti Malaya (UM)
  • Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
  • Universiti Malaysia Sarawak (UNiMAS)
  • Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
  • Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
  • Universiti Teknologi MARA (UiTM) Perlis
  • Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kedah
  • Universiti Teknologi MARA (UiTM) Pulau Pinang
  • Universiti Teknologi MARA (UiTM) Pulau Pinang · Bertam Universiti Teknologi MARA (UiTM) Pulau Pinang · Balik Pulau
  • Universiti Teknologi MARA (UiTM) Perak
  • Universiti Teknologi MARA (UiTM) Perak · Tapah
  • Universiti Teknologi MARA (UiTM) Perak · Teluk Intan
  • Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kelantan
  • Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kelantan · Kota Bharu Universiti Teknologi MARA (UiTM) Terengganu
  • Universiti Teknologi MARA (UiTM) Terengganu · Kuala Terengganu Universiti Teknologi MARA (UiTM) Terengganu · Bukit Besi Universiti Teknologi MARA (UiTM) Pahang
  • Universiti Teknologi MARA (UiTM) Pahang · Kuantan
  • Universiti Teknologi MARA (UiTM) Pahang · Raub
  • Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam
  • Universiti Teknologi MARA (UiTM) Puncak Alam
  • Universiti Teknologi MARA (UiTM) Puncak Perdana
  • Universiti Teknologi MARA (UiTM) Jalan Othman
  • Universiti Teknologi MARA (UiTM) Selayang
  • Universiti Teknologi MARA (UiTM) Sungai Buloh
  • Universiti Teknologi MARA (UiTM) Section 17
  • Universiti Teknologi MARA (UiTM) Negeri Sembilan
  • Universiti Teknologi MARA (UiTM) Negeri Sembilan · Seremban Universiti Teknologi MARA (UiTM) Melaka
  • Universiti Teknologi MARA (UiTM) Melaka Bandaraya Melaka Universiti Teknologi MARA (UiTM) Melaka Jasin
  • Universiti Teknologi MARA (UiTM) Johor
  • Universiti Teknologi MARA (UiTM) Johor · Pasir Gudang
  • Universiti Teknologi MARA (UiTM) Johor · Larkin
  • Universiti Teknologi MARA (UiTM) Sabah
  • Universiti Teknologi MARA (UiTM) Sabah · Tawau
  • Universiti Teknologi MARA (UiTM) Sarawak
  • Universiti Teknologi MARA (UiTM) Sarawak · Samarahan 2 Universiti Teknologi MARA (UiTM) Sarawak · Mukah
  • Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
  • Universiti Utara Malaysia (UUM)
  • Universiti Malaysia Sabah (UMS)
  • Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
  • Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
  • Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
  • Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
  • Universiti Sains Malaysia (USM)
  • Universiti Sultan Azlan Shah (USAS)


PERMOHONAN BIASISWA TERMA DAN SYARAT
Anugerah Biasiswa Fair & Lovely 2017 kini dibuka untuk permohonan. Anugerah ini bertujuan untuk membangunkan bakat, menyediakan peluang pendidikan kepada wanita muda Malaysia yang mengikuti program diploma atau ijazah sarjana muda di mana-mana universiti awam tempatan.

JURUSAN
Mana-mana bidang pengajian di peringkat diploma atau ijazah sarjana muda dari universiti-universiti awam yang diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

PAKEJ ANUGERAH
Jumlah keseluruhan Anugerah bernilai RM200,000.00 akan dianugerahkan oleh Fair & Lovely kepada 40 (empat puluh) orang warga siswi yang berjaya iaitu biasiswa RM5,000.00 setiap seorang.

KELAYAKAN

  1. Warga siswi dari 3 (tiga) universiti dengan undi terbanyak layak untuk menerima Anugerah Biasiswa Fair & Lovely 2017 (Pemohon dikehendaki untuk membaca dan memahami Terma dan Syarat untuk Kempen Biasiswa Fair & Lovely [“Kempen”] terlebih dahulu).
  2. Warga siswi yang berminat perlu memohon Biasiswa Fair & Lovely semasa Tempoh Kempen.
  3. Para pemohon Anugerah Biasiswa Fair & Lovely 2017 adalah digalakkan untuk mengundi universiti mereka (rujuk kepada bahagian Mekanisme Kempen 3(b) untuk maklumat lanjut mengenai pengundian) supaya lebih cerah peluang untuk menang.
  4. Anugerah Biasiswa Fair & Lovely 2017 ini terbuka kepada mana-mana mahasiswi warganegara Malaysia yang memegang kad pengenalan sah dan sedang menuntut di peringkat diploma atau ijazah sarjana muda di universiti awam tempatan yang mengambil bahagian sahaja, kecuali yang sedang menduduki semester terakhir, semasa Tempoh Kempen.
  5. Memperolehi keputusan yang baik di dalam Peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dengan keputusan minima 3A atau berjaya melengkapkan pengajian di peringkat Matrikulasi/Diploma dengan keputusan minima PNGK 3.00.
  6. Mendapat dan menerima tawaran secara rasmi memasuki mana-mana universiti awam tempatan untuk mengikuti program pengajian di peringkat diploma atau ijazah sarjana muda sepenuh masa.
  7. Tidak menjadi isu sekiranya pemohon kini telah menerima sebarang biasiswa, pinjaman atau bantuan kewangan daripada mana-mana organisasi lain. Adalah menjadi tanggungjawab pemohon untuk menyemak dan mendapat pengesahan daripada organisasi-organisasi tersebut sama ada pemohon dibenarkan untuk memohon Anugerah ini atau sebaliknya.
  8. Mesti menunjukkan keperluan untuk mendapatkan bantuan kewangan.
  9. Boleh menulis dan bertutur di dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu dengan baik.
  10. Menunjukkan kualiti kepimpinan melalui penyertaan aktif dalam aktiviti ko-kurikulum.

    TERMA DAN SYARAT
  11. Warga siswi dikehendaki memohon secara atas talian (“online”). Pemohon yang dipertimbangkan untuk menerima Anugerah akan dimaklumkan untuk mempersembahkan salinan keputusan peperiksaan terkini dengan pengakuan sah oleh pihak berkuasa dan/atau pendaftar yang lebih tinggi daripada sekolah atau institusi (STPM, Matrikulasi atau setara dengannya), serta salinan surat/surat tawaran universiti.
  12. 50 pemohon yang dipertimbangkan dari setiap universiti akan dipilih dari ketiga-tiga universiti yang mempunyai undian tertinggi. Sejumlah 150 pemohon akan dipertimbangkan di peringkat ini.
  13. Pemohon-pemohon yang dipertimbangkan akan dihubungi untuk mendapatkan sijil-sijil and dokumentasi yang diperlukan untuk memproses permohonan mereka.
  14. 40 para siswa akan dipilih dari pihak Penganjur dengan pertolongan university berikut:
    • (a) Universiti dengan undian tertinggi: 20 para siswi
    • (b) Universiti dengan undian tertinggi kedua: 10 para siswi 
    • (c) Universiti dengan undian tertinggin ketiga: 10 para siswi
  15. Dengan memohon Anugerah Biasiswa Fair & Lovely 2017 ini pemohon bersetuju untuk mematuhi semua terma dan syarat yang dinyatakan di sini.
  16. 40 para siswa akan dipilih daripada tiga universiti yang mempunyai undian yang tertinggi
  17. Keputusan ahli panel/hakim adalah muktamad dan mengikat.
  18. Borang permohonan yang tidak lengkap akan ditolak.
  19. Terdapat pelbagai aspek kriteria di dalam proses pemilihan, seperti yang dinyatakan. Pemilihan akhir calon adalah mengikut budi bicara tunggal dan mutlak Fair & Lovely.
  20. Borang permohonan hendaklah diisi mengikut format yang diberikan, dengan kefahaman yang jelas bahawa permohonan ini adalah di bawah pengendalian pihak syarikat yang menjual dan memasarkan produk Fair & Lovely di Malaysia iaitu Unilever (Malaysia) Holdings Sdn Bhd ("Unilever") berdasarkan parameter yang ditetapkan bagi pemberian biasiswa. Para pemohon memahami bahawa Unilever mempunyai budi bicara tunggal di dalam hal ini.
  21. Maklumat peribadi yang dibekalkan oleh para pemohon adalah tertakluk kepada undang-undang Malaysia termasuk Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 dan Polisi Privasi Unilever.
  22. Fair & Lovely berhak untuk meminda Terma dan Syarat ini pada bila-bila masa, tanpa notis terlebih dahulu.
  23. Pemohon dikehendaki memenuhi kriteria kelayakan biasiswa ini sebelum tawaran anugerah boleh dibuat. Pemohon yang tidak memenuhi syarat akan dibatalkan secara automatik tanpa notis secara lisan atau bertulis terlebih dahulu.
  24. Kegagalan mengemukakan semua dokumen seperti yang diminta boleh menyebabkan permohonan itu batal dan tidak sah. Menerima permohonan dan dokumen tidak secara automatik menjamin bahawa biasiswa akan dianugerahkan kepada pemohon.
  25. Pemohon akan menerima notis makluman secara bertulis daripada Fair & Lovely sekiranya berjaya dan ditawarkan dengan Anugerah Biasiswa Fair & Lovely 2017.
  26. Pemohon hendaklah didaftarkan sebagai mahasiswi sepenuh masa untuk pengajian tersebut.
  27. Keputusan percubaan untuk tahun semasa akan diterima sekiranya keputusan rasmi belum dikeluarkan pada masa pengambilan. Walau bagaimanapun, pemberian biasiswa sebegini adalah bersyarat sehingga keputusan rasmi/sebenar dihasilkan.
  28. Biasiswa ini tidak boleh dipindah milik atau ditukar dengan wang atau alternatif lain.
  29. Semua penerima biasiswa dikehendaki:
    • a. Menghadiri majlis Anugerah Biasiswa Fair & Lovely 2017 sekiranya diarahkan.
    • b. Menyumbang dan meluangkan masa mereka untuk membantu Fair & Lovely dalam aktiviti pemasaran dan promosi, kaunseling rakan sebaya, aktiviti ko-kurikulum dan kerja-kerja pentadbiran yang lain seperti yang diberitahu oleh Fair & Lovely (sekiranya perlu).
    • c. Tidak melakukan sebarang publisiti (termasuk dan tidak terhad melalui media sosial) mengenai penerimaan biasiswa ini sehingga mendapat kebenaran bertulis dari Unilever.
    • d. Menjadi ikon contoh pada setiap masa sama ada di atas atau di luar kampus.
  30. Fair & Lovely berhak untuk melibatkan penerima dalam temu bual, iklan, fotografi atau aktiviti lain bagi maksud mempromosikan Fair & Lovely. Semua produk dan kegiatan ini adalah hakcipta Fair & Lovely dan boleh digunakan tanpa kebenaran terlebih dahulu secara bertulis atau lisan.
  31. Fair & Lovely berhak untuk mengubah atau menarik balik apa-apa keputusan dan/atau terma dan syarat yang berkaitan dengan biasiswa dan anugerah tanpa sebarang notis bertulis atau lisan. Semua keputusan yang dibuat oleh Fair & Lovely mengenai perkara-perkara di atas adalah muktamad dan mengikat.
  32. Fair & Lovely berhak untuk membuat keputusan mengenai bilangan yang layak/jumlah biasiswa yang akan diberikan.
Link: https://www.fairandlovely.com.my

About Malaysia Scholarship

Malaysia Scholarship (Postgraduate, Undergraduate & Pre-university Studies) was formerly known as Malaysia Scholarship Information Centre (biasiswa Mara & JPA).

Get latest Malaysia scholarships (scholarship offers in Malaysia), biasiswa Malaysia & scholarship tips for your PhD scholarship, master scholarship and degree scholarship application (permohonan biasiswa politeknik & Mara).