Skip to main content

Skim Pelajar Cemerlang Yayasan Pahang (SPCYP)

Skim Pelajar Cemerlang Yayasan Pahang (SPCYP)
TARIKH TUTUP PENERIMAAN PERMOHONAN
Borang yang telah lengkap boleh dihantar terus ke Yayasan Pahang sebelum atau pada 7 APRIL 2017 (JUMAAT). Keputusan pemilihan calon-calon anugerah BKMB dan SPC YP adalah muktamad.

SKIM PELAJAR CEMERLANG YAYASAN PAHANG (SPCYP) 2017
Skim Pelajar Cemerlang Yayasan Pahang (SPC YP) ini ditawarkan kepada pelajar-pelajar anak Pahang yang cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).Di bawah skim ini,pelajar akan ditawarkan biasiswa bagi mengikuti pengajian Matrikulasi/ Program Asasi atau setaraf dengannya di Institusi Pengajian Tinggi Awam yang mempunyai jalinan usahasama dengan Yayasan Pahang (YP).

a) Program Asasi di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Pelajar yang berjaya terpilih di bawah skim ini akan mengikuti pengajian di Universiti Islam Antarabangsa, Malaysia (UIAM) dalam bidang Perubatan, Farmasi dan Perbankan / Kewangan Islam. Pada masa yang sama, pelajar perlu membuat permohonan Sistem Permohonan Kemasukan Pelajar Bagi Sesi Akademik 2017/2018 (UPU Online) dengan menjadikan UIAM sebagai PILIHAN UTAMA.

b) Program Peneraju Profesional Akauntan Muda (CAT- ACCA) di IPAC Education, INTEC Education College.
Program ini dirangka khas untuk melahirkan golongan profesional di dalam bidang perakaunan dan dijalankan dengan kerjasama Yayasan Pahang, Yayasan Peneraju dan INTEC Education College.

Permohonan kemasukan pelajar akan diproses melalui YP. Pelajar yang berjaya terpilih di bawah skim ini akan mengikuti pengajian Certified Accounting Technician (CAT) dan Association of Chartered Certified Accountants (ACCA) di IPAC Education, INTEC Education College.

KELAYAKAN MEMOHON
  1. Anak Negeri Pahang Darul Makmur seperti takrif berikut :-
    • (a) Pemohon atau bapa atau ibu dilahirkan di Negeri Pahang Darul Makmur.
    • (b) Bagi pemohon yang ibubapanya bukan Warganegara Malaysia, adalah Tidak Layak Memohon.
  2. Mempunyai kelulusan cemerlang akademik dan aktif dalam kegiatan kokurikulum.
  3. Lulus cemelang di peringkat SPM tahun 2016 dengan mendapat keputusan A bagi semua matapelajaran yang diambil.
PENAJAAN
Jenis pembiayaan:  Kadar (RM)
Elaun Sara Hidup:  5,000 setahun
Yuran Pengajian:  Seperti yang ditetapkan oleh institusi pengajian

CARA-CARA MEMOHON
Borang Permohonan SPCYP Pahang 2017 boleh dimuat turun dari Laman Web YP di alamat : www.yp.org.my ATAU melalui pautan pantas di bawah (fail adalah di dalam format PDF):
 
HUBUNGI
Sebarang pertanyaan dan keterangan lanjut, sila berhubung terus ke:
YAYASAN PAHANG
Kompleks Yayasan Pahang, Tanjung Lumpur, 26060 Kuantan, Pahang Darul Makmur
Tel : 09-5181800 | Faks : 09-5181888 | Laman Web : www.yp.org.my | E-mail : [email protected]
(Airulamri b. Amran / Norma Isna Hernanny bt. Musa / Zakiah bt. Saleh)
Link: http://www.yp.org.my