Skip to main content

Biasiswa JPA Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) Untuk Master's & PhD 2018 / 2019

Biasiswa JPA Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) 2018 / 2019
Tarikh Tutup Permohonan Biasiswa JPA / PSD Scholarship: 2 Mac 2018

Permohonan Penajaan Program Biasiswa JPA Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) 2018 / 2019

Permohonan adalah dipelawa daripada semua warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) Sesi Pengajian 2018/2019 bagi mengikuti pengajian di peringkat Sarjana dan Kedoktoran (Ph.D) di dalam dan luar negara.

Syarat Permohonan

Pemohon-pemohon mestilah memenuhi syarat-syarat permohonan seperti berikut:

Syarat-Syarat Umum

  • Warganegara Malaysia; dan
  • Umur tidak melebihi 35 tahun pada tahun memulakan pengajian di universiti.

Syarat-Syarat Khusus

  1. Mempunyai keputusan akademik yang amat cemerlang iaitu CGPA 3.75 atau kelas pertama atau yang setaraf dengannya;
  2. Calon yang aktif dalam kegiatan ko-kurikulum atau aktiviti kemasyarakatan atau menghasilkan kerja-kerja kreatif dan inovatif akan diberikan keistimewaan;
  3. Calon yang mahir dalam lebih daripada satu bahasa antarabangsa akan diberikan keistimewaan;
  4. Telah mendapat tempat atau telah mendapat tawaran pengajian secara sepenuh masa dalam bidang Sains dan Teknologi, Ekonomi, Undang-undang atau Kewangan Islam di universiti penyelidikan tempatan seperti di Lampiran B1 atau di universiti terkemuka dunia berdasarkan Times Higher Education (THE), QS World University Ranking, Academic Ranking World Universities (ARWU), Barron's Profiles Of American Colleges atau mana-mana universiti berprestij lain yang dipersetujui olah JPA seperti di Lampiran B2;
  5. Senarai kursus di bawah bidang Sains dan Teknologi adalah seperti di Lampiran B3; dan
  6. Pengajian bagi peringkat Sarjana adalah secara mod penyelidikan sahaja yang mewajibkan penyediaan kertas penyelidikan atau disertasi atau tesis.
Penerima BYDPA yang telah menamatkan pengajian diwajibkan pulang ke Malaysia untuk berkhidmat di negara ini bagi tempoh tidak kurang dari lima (5) tahun. Bagi memastikan syarat tersebut dipatuhi, calon yang terpilih dikehendaki menandatangani perjanjian dengan Kerajaan. Jika calon yang terpilih adalah terdiri daripada pelajar-pelajar tajaan JPA di peringkat Ijazah Sarjana Muda, mereka masih terikat untuk berkhidmat dengan Kerajaan mengikut tempoh yang telah ditetapkan di bawah penajaan peringkat Sarjana Muda. Kadar gantirugi seperti yang berkuatkuasa pada masa sekarang akan dikenakan sekiranya pelajar melanggar syarat perjanjian.

Panduan Memohon JPA Scholarship

Borang permohonan hendaklah diisi secara dalam talian (On-line) melalui portal http://esilav2.jpa.gov.my mulai jam 5.00 petang, 5 Februari 2018.

Tarikh tutup permohonan dalam talian (on-line) BYDPA Sesi Pengajian 2018/2019 dan tarikh akhir bagi mengemukakan borang permohonan ialah pada 2 Mac 2018 melalui serahan tangan atau pos ke:
Jabatan Perkhidmatan Awam
Bahagian Pembangunan Modal Insan
Aras 3, Blok C2, Kompleks C
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62510 PUTRAJAYA
(u.p: Unit Pengurusan Penawaran Dalam Perkhidmatan)
Sila rujuk kepada panduan memohon biasiswa JPA di sini. Hubungi
Jabatan Perkhidmatan Awam
Bahagian Pembangunan Modal Insan
Aras 3, Blok C2, Kompleks C,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62510 PUTRAJAYA, MALAYSIA
(u/p: Unit Penawaran Latihan Dalam Perkhidmatan)
Pertanyaan Penajaan
W: 8.30 pagi - 5.30 petang
T: 03-8885 3546
E: [email protected]
Link: http://esilav2.jpa.gov.my