Closing Date 1 April 2013 Biasiswa JPA untuk Lepasan SPM: Permohonan Program Khas Jepun, Korea, Perancis dan Jerman Permohonan adalah dipelawa daripada calon-calon yang menduduki SPM pada tahun 2012 bagi kali pertama untuk mendapatkan tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi mengikuti pengajian di luar negara. Calon-calon yang berjaya dipilih bagi program luar negara dikehendaki mengikuti kursus persediaan di kolej-kolej yang ditetapkan di dalam negara sebelum mengikuti pengajian di luar negara. Calon-calon mestilah memenuhi syarat-syarat umum dan khusus permohonan seperti berikut: I. Syarat-Syarat Umum a) Warganegara Malaysia. b) Umur belum mencapai 18 tahun (19 tahun bagi pelajar peralihan) pada 31 Disember 2012; dan c) Mempunyai kesihatan yang baik dan tidak mengidap penyakit-penyakit kritikal seperti Hepatitis, Aids, HIV dan sebagainya. II. Syarat-Syarat Khas Sila muat turun dokumen syarat-syarat khas biasiswa JPA untuk pepasan SPM: permohonan tajaan ...