![Biasiswa JPA: Permohonan Program Khas Jepun, Korea, Perancis dan Jerman Biasiswa JPA: Permohonan Program Khas Jepun, Korea, Perancis dan Jerman](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjYUAtRKQq-xcCLCMhXjRAFObLGTHspQ57U_ae8eVbHZFH2UV202shZfrmc2OcU5bhZF41nw-rDI2l1xq19OgHYR3iT9wS1xnVxpnbq2mVCi8CnBhAbY6ax_Wjo8Sidc-RHOv-UlDrAE3w/s200/JabatanPerkhidmatanAwamBiasiswaJPAPSDScholarships.png)
1 April 2013
Biasiswa JPA untuk Lepasan SPM: Permohonan Program Khas Jepun, Korea, Perancis dan Jerman
Permohonan adalah dipelawa daripada calon-calon yang menduduki SPM pada
tahun 2012 bagi kali pertama untuk mendapatkan tajaan Jabatan Perkhidmatan
Awam (JPA) bagi mengikuti pengajian di luar negara. Calon-calon yang berjaya
dipilih bagi program luar negara dikehendaki mengikuti kursus persediaan di
kolej-kolej yang ditetapkan di dalam negara sebelum mengikuti pengajian di luar
negara.
Calon-calon mestilah memenuhi syarat-syarat umum dan khusus permohonan
seperti berikut:
I. Syarat-Syarat Umum
a) Warganegara Malaysia.
b) Umur belum mencapai 18 tahun (19 tahun bagi pelajar peralihan) pada 31
Disember 2012; dan
c) Mempunyai kesihatan yang baik dan tidak mengidap penyakit-penyakit
kritikal seperti Hepatitis, Aids, HIV dan sebagainya.
II. Syarat-Syarat Khas
Sila muat turun dokumen syarat-syarat khas biasiswa JPA untuk pepasan SPM: permohonan tajaan program khas Jepun, Korea, Perancis dan Jerman
Syarat Permohonan Biasiswa JPA
Soalan-soalan Lazim
Link: http://esilav2.jpa.gov.my