Free Subscriptions

Enter your email address to receive scholarship updates via email:
    Malaysia Students FeedFull Post Feed


Click here to get FREE RM10 (RM5 + RM5) and cashback when you shop online (Groupon, Lazada, Agoda, Qoo10, Taobao.com etc) ★

Tawaran Biasiswa Mesir (Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan)

Tawaran Biasiswa Mesir (Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan)
Tarikh Tutup
30 April 2012

TAWARAN BIASISWA MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN BAGI MENGIKUTI PENGAJIAN DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI LUAR NEGARA (MESIR) PENGAMBILAN BARU SESI 2012/2013

Permohonan adalah dipelawa daripada calon-calon yang mendapat keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2011, Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STAM) tahun 2011 dan Diploma Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat tahun 2011 untuk memohon biasiswa tajaan Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bagi melanjutkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Luar Negara Tahun Pertama sesi 2012/2013 Universiti-Universiti di Mesir.

Penempatan pusat pengajian HANYA melalui Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT) sahaja yang layak dipertimbangkan untuk memohon Biasiswa Baitulmal MAIWP.

Program dan institusi yang ditaja adalah seperti berikut:
  • Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam (Universiti-Universiti Al-Azhar & Maahad Qiraat Al-Azhar)
  • Ijazah Sarjana Muda Perubatan / Pergigian / Farmasi (Universiti Al-Azhar, Universiti Iskandariah, Universiti Kaherah & Universiti Ain Syam)
Syarat Umum
  • Warganegara Malaysia
  • Bermastautin dan masih di Wilayah Persekutuan tidak kurang daripada 3 tahun.
  • Tidak mendapat sebarang tajaan atau biasiswa daripada mana-mana pihak.
  • Bersedia berkhidmat dengan MAIWP untuk tempoh sekurang-kurangnya 5 tahun sekiranya ditawarkan (atas keperluan).
Syarak Khusus (Kelayakan Minima Akademik)
  • Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam
    Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) memperolehi sekurang-kurangnya mendapat 5 Mumtaz dan 5 Jayyid Jiddan / keputusan peperiksaan CGPA 2.75 dalam Diploma Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat dari Darul Quran JAKIM atau mana-mana kolej/universiti yang setaraf dengannya serta diiktiraf oleh Jabatan Perkhimatan Awam (JPA).
  • Ijazah Sarjana Muda Perubatan / Pergigian / Farmasi
    Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) memperolehi sekurang-kurangnya mendapat Gred A- dalam 6 mata pelajaran (Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik Tambahan, Biologi, Fizik &Kimia).
Calon-calon yang tidak layak memohon
  • Pelajar-pelajar yang tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan.
  • Pelajar-pelajar yang sedang mengikuti kursus peringkat matrikulasi/ asasi sains/ pra-universiti/ alpha / foundation.
  • Pegawai yang sedang berkhidmat sama ada dalam perkhidmatan Awan atau Swasta dan diluluskan cuti separuh gaji.
  • Pelajar yang mengikuti program/ kursus jarak jauh/ separuh masa.
  • Pelajar yang pernah ditamatkan bantuan atau ditarik balik bantuan oleh mana-mana penaja atas sebab tindakan disiplin.
Cara Memohon
Borang permohonan boleh didapati bermula 9 April 2012 dengan memuat turun dari laman web rasmi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) www.maiwp.gov.my. atau hadir ke pejabat kami di Bahagian Baitulmal MAIWP di Tingkat 5, Unit Pembangunan Akademik IPT, Bahagian Baitulmal, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Borang permohonan yang telah lengkap diisi beserta salinan-salinan dokumen berkaitan yang telah disahkan mestilah dihantar ke:
Bahagian Baitulmal,
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
Unit Pembangunan Akademik (IPT)
Bangunan Daruzzakah, Tingkat 5,
Lorong Hj. Hussein 2,
Off Jalan Raja Muda, 50300 Kuala Lumpur
Hanya calon-calon yang berjaya selepas tapisan sahaja yang akan dipanggil temuduga. Calon- calon yang tidak mendapat sebarang jawapan dalam tempoh 2 bulan dari tarikh tutup iklan dianggap tidak berjaya.

Sebarang pertanyaan berkaitan permohonan ini, sila hubungi talian: 03-26175222 samb. 216/224/213 (Unit Pembangunan Akademik IPT) waktu berkerja.

Link: http://maiwp.gov.my

About Malaysia Scholarship 2016

Malaysia Scholarship 2016 (Postgraduate, Undergraduate & Pre-university Studies) was formerly known as Malaysia Scholarship Information Centre (biasiswa Mara & JPA).

Get latest Malaysia scholarships (scholarship offers in Malaysia), biasiswa Malaysia & scholarship tips for your PhD scholarship, master scholarship and degree scholarship application (permohonan biasiswa politeknik & Mara).