Free Subscriptions

Enter your email address to receive scholarship updates via email:
    Malaysia Students FeedFull Post Feed

MARA Program Pinjaman Pelajaran Pasca Siswazah Luar Negara 2013/2014

MARA (Majlis Amanah Rakyat) Program Pasca Siswazah Luar Negara 2013/2014
Tarikh Tutup
21 Mac 2013 5:00PM

Majlis Amanah Rakyat (MARA) Program Pasca Siswazah Luar Negara 2013/2014
Majlis Amanah Rakyat (MARA) sebagai sebuah organisasi di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) berterusan membantu kelancaran Program Transformasi Ekonomi Negara dengan membangunkan modal insan yang berupaya menyumbang kepakaran dalam 12 Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA).

Selaras dengan motto “Keusahawanan dan Pendidikan Global”, MARA mempelawa anda untuk memohon pinjaman pelajaran MARA bagi mengikuti pengajian ke peringkat Sarjana, Profesional dan Doktor Falsafah di universiti terkemuka luar negara dalam bidang-bidang utama keperluan pembangunan Negara.

Syarat-Syarat Kelayakan
  • Pemohon DAN salah seorang ibu ATAU bapa berketurunan Melayu / Bumiputera dan warganegara Malaysia.
  • Had umur pemohon (sehingga 31 Disember 2013): (Sarjana dan Professional < 35 tahun / Doktor Falsafah < 40 tahun)
  • Telah menamatkan pengajian terdahulu (Ijazah Pertama / Sarjana) atau sekurang- kurangnya berada di semester akhir pengajian.
  • Pengajian adalah pada tahap yang lebih tinggi daripada kelulusan sedia ada.
  • Pemohon perlu mempunyai kelayakan akademik minimum peringkat Ijazah Sarjana Muda untuk memohon tajaan MARA di peringkat Profesional. Kelayakan akademik bagi peringkat sijil dan diploma tidak akan dipertimbangkan.
  • Pemohon tidak menerima bantuan kewangan / tajaan dari mana-mana agensi untuk pengajian atau peringkat yang sama.
  • Mendapat tawaran pengajian bersyarat (conditional offer) atau tanpa syarat (Unconditional Offer) daripada Institusi Pengajian Tinggi luar negara yang mempunyai ranking 50 tertinggi dalam bidang pengajian berkaitan atau ranking 50 tertinggi untuk Universiti berkenaan. Cadangan rujukan: www.timeshighereducation.co.uk, Academic Ranking of World Universities – www.arwu.org dan QS World University Ranking – www.topuniversities.com.
  • Mendapat pelepasan / penangguhan kontrak perkhidmatan melalui kelulusan cuti belajar tanpa gaji atau pengesahan bertulis mengenai pelepasan / perletakan jawatan bagi calon yang sedang dalam perkhidmatan.
  • Mendapat pelepasan / penangguhan bayaran balik pinjaman daripada badan penaja yang menaja pengajian sebelum ini (kecuali MARA). Tiada tanggungan hutang pinjaman pelajaran atau berstatus blacklist bagi pengajian terdahulu sekiranya ditaja oleh MARA.
  • Tidak pernah ditamatkan bantuan oleh mana-mana penaja atas sebab tindakan disiplin dan menyalahi undang-undang negara dan tidak mempunyai rekod jenayah.
Cara Permohonan
  • Permohonan perlu dikemukakan secara atas talian (online) di laman web MARA http://www.mara.gov.my mulai 5 Mac 2013 – 14 Mac 2013. Maklumat terkini mengenai status permohonan akan diberikan dari semasa ke semasa melalui laman web MARA.
  • Permohonan yang tidak mendapat maklumbalas daripada pihak MARA selepas 31 April 2013 adalah dianggap tidak berjaya dan keputusan adalah muktamad.
  • Syarat-syarat kelayakan lain, sila lihat di lampiran.
Link: www.facebook.com/Pasca2013

0 comments so far.

Something to say?

About Malaysia Scholarship 2014

Malaysia Scholarship 2014 (Postgraduate, Undergraduate & Pre-university Studies) was formerly known as Malaysia Scholarship Information Centre (biasiswa Mara & JPA).

Get latest Malaysia scholarships (scholarship offers in Malaysia), biasiswa Malaysia & scholarship tips for your PhD scholarship, master scholarship and degree scholarship application (permohonan biasiswa politeknik & Mara).