Tarikh Tutup Permohonan Biasiswa JPA
Permohonan online bagi Program Khas Jepun, Korea, Perancis dan Jerman Tahun 2019 mula dibuka pada 11 hingga 20 Mac 2019 mulai jam 2.00 petang. Permohonan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan.PERMOHONAN PROGRAM KHAS JEPUN, KOREA, PERANCIS DAN JERMAN TAHUN 2019
Permohonan adalah dipelawa kepada calon-calon yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2018 bagi kali pertama untuk mendapatkan penajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam bentuk Pinjaman Boleh Ubah (PBU) di bawah Program Khas Jepun, Korea, Perancis dan Jerman (JKPJ) Tahun 2019.Program penajaan ini dibuka kepada semua pelajar lepasan SPM tahun 2018 yang berminat dalam bidang kejuruteraan, sains dan teknologi (S&T) dan sains sosial di negara Jepun, Korea, Perancis dan Jerman.
Pelajar akan ditaja untuk mengikuti program persediaan sebelum melanjutkan pengajian ke peringkat diploma atau ijazah pertama di negara-negara berkenaan.
Struktur Pengajian Program Khas JKPJ
Struktur pengajian bagi Program Khas JKPJ adalah seperti berikut:Program/Tempat | Persediaan | Ijazah | ||
---|---|---|---|---|
Kolej | Kursus | Tempoh | ||
Kejuruteraan Teknikal Jepun | International Education Centre (INTEC) | Persediaan Teknikal Jepun | 24 bulan | Dip: 3 tahun I.P: 2 tahun |
Khas Korea |
|
Persediaan dan Sijil Bahasa |
|
CGPA 3.75 Ke Atas – I.P: 4 tahun |
CGPA 3.74 Ke Bawah Dip: 2 tahun I.P: 2 tahun |
||||
Khas Perancis | International Education Centre (INTEC) | Persediaan | 15 Bulan | Diploma d’ingenieur: 5 tahun |
Malaysia France Institute (MFI) | 22 bulan | DUT: 2 tahun IP: 3 tahun |
||
Khas Jerman | International Education Centre (INTEC) | A-Level | 22 bulan | Bch: 3 tahun Ma: 2 tahun |
Sunway College | AUSMAT | 15 bulan | Bch: 3 tahun Ma: 2 tahun |
|
German Malaysian Institute (GMI) | A-Level | 22 bulan | Bch: 3 tahun Ma: 2 tahun |
Dip: Diploma
I.P: Ijazah Pertama
Bch: Bachelor
Ma: Master
DUT: Diplom Universitaire de Technologies
Syarat – Syarat Permohonan Biasiswa JPA
Calon-calon yang berminat mestilah memenuhi syarat-syarat umum dan khusus permohonan seperti berikut:Syarat-Syarat Umum Biasiswa JPA
- Warganegara Malaysia;
- Mempunyai kesihatan yang baik;
- Menduduki peperiksaan SPM buat pertama kali pada tahun 2018;
- Umur belum mencapai 18 tahun (19 tahun bagi pelajar peralihan) pada tahun peperiksaan SPM diduduki;
- Tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang JPA; dan
- Tidak menerima bantuan kewangan/ tajaan dari mana-mana agensi untuk peringkat pengajian yang sama.
Syarat Khusus
Perincian bagi syarat khusus mengikut bidang yang ditetapkan adalah seperti berikut:- Bidang Kejuruteraan
- Negara Pengajian: Jepun / Kolej Persediaan: INTEC
- Mendapat sekurang-kurangnya gred A (kombinasi gred A+ dan gred A sahaja) dalam lima (5) mata pelajaran berikut:
- Bahasa Melayu;
- Matematik;
- Matematik Tambahan;
- Fizik; dan
- Kimia.
- Mendapat sekurang-kurangnya gred A- dalam dua (2) mata pelajaran berikut:
- Bahasa Inggeris; dan
- Sejarah;
- Negara Pengajian: Korea / Kolej Persediaan: INTEC

- Negara Pengajian: Perancis / Kolej Persediaan: INTEC/MFI
- Mendapat sekurang-kurangnya gred A (kombinasi gred A+ dan gred A sahaja) dalam lima (5) mata pelajaran berikut:
- Bahasa Melayu;
- Matematik;
- Matematik Tambahan;
- Fizik; dan
- Kimia.
- Mendapat sekurang-kurangnya gred A- dalam dua (2) mata pelajaran berikut:
- Bahasa Inggeris; dan
- Sejarah;
- Negara Pengajian: Jerman / Kolej Persediaan: INTEC/SUNWAY COLLEGE/GMI
- Mendapat sekurang-kurangnya gred A (kombinasi gred A+ dan gred A sahaja) dalam lima (5) mata pelajaran berikut:
- Bahasa Melayu;
- Matematik;
- Matematik Tambahan;
- Fizik; dan
- Kimia.
- Mendapat sekurang-kurangnya gred A- dalam dua (2) mata pelajaran berikut:
- Bahasa Inggeris; dan
- Sejarah;
- Bidang Sains dan Teknologi
- Negara Pengajian: Korea / Kolej Persediaan: INTEC
- Mendapat sekurang-kurangnya gred A (kombinasi gred A+ dan gred A sahaja) dalam lima (5) mata pelajaran berikut:
- Bahasa Melayu;
- Matematik;
- Matematik Tambahan;
- Fizik; dan
- Kimia.
- Mendapat sekurang-kurangnya gred A- dalam dua (2) mata pelajaran berikut:
- Bahasa Inggeris; dan
- Sejarah;
- Negara Pengajian: Jerman / Kolej Persediaan: INTEC
- Mendapat sekurang-kurangnya gred A (kombinasi gred A+ dan gred A sahaja) dalam lima (5) mata pelajaran berikut:
- Bahasa Melayu;
- Matematik;
- Matematik Tambahan;
- Fizik; dan
- Kimia.
- Mendapat sekurang-kurangnya gred A- dalam dua (2) mata pelajaran berikut:
- Bahasa Inggeris; dan
- Sejarah;
- Bidang Sains Sosial
- Negara Pengajian: Perancis / Kolej Persediaan: MFI
- Mendapat sekurang-kurangnya gred A (kombinasi gred A+ dan gred A sahaja) dalam lima (5) mata pelajaran berikut:
- Bahasa Melayu;
- Matematik;
- Matematik Tambahan; dan
- Dua (2) mata pelajaran yang lain.
- Mendapat sekurang-kurangnya gred A- dalam dua (2) mata pelajaran berikut:
- Bahasa Inggeris; dan
- Sejarah;
Mekanisme Perjanjian Pinjaman
Calon-calon yang berjaya ditawarkan penajaan di bawah program ini dan bersetuju untuk ditaja oleh JPA adalah tertakluk kepada terma ikatan perjanjian JPA seperti berikut:- Pinjaman akan ditukar kepada biasiswa dan dikecualikan daripada bayaran balik sekiranya pelajar berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam; atau
- Bayaran balik sebanyak 25% daripada jumlah pinjaman yang diterima sekiranya pelajar berkhidmat dalam syarikat berkaitan Kerajaan (GLC); atau
- Bayaran balik sebanyak 50% daripada jumlah pinjaman yang diterima sekiranya pelajar berkhidmat dengan syarikat swasta dalam negara; atau
- Selain daripada keadaan seperti di atas, pelajar dikehendaki membayar balik sepenuhnya nilai pinjaman.
Cara Memohon Biasiswa JPA
Permohonan dibuka secara atas talian (online) di http://esilav2.jpa.gov.my/ selama sepuluh (10) hari mulai 11 Mac 2019 sehingga 20 Mac 2019. Calon boleh merujuk Frequently Ask Question (FAQ) yang dimuat naik di Portal JPA bagi maklumat lanjut berhubung program yang ditawarkan.Calon dibenarkan mendaftar, mengemas kini/ meminda maklumat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan. Hanya pindaan yang terkini sahaja diambil kira untuk tujuan penyimpanan data. Calon hendaklah memastikan proses permohonan telah sempurna dengan mencetak Slip Pengesahan Permohonan Penajaan Program JKPJ Tahun 2019 sebagai bukti permohonan telah dibuat.Tawaran penajaan ini akan disiarkan melalui laman web JPA di http://www.jpa.gov.my atau http://esilav2.jpa.gov.my/
Pertanyaan mengenai program tajaan dan masalah teknikal boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-8885 3297 mulai 11 Mac 2019 hingga 20 Mac 2019 (hari bekerja) dari jam 9:00 pagi hingga jam 4:30 petang atau kemukakan maklum balas melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) di http://jpa.spab.gov.my/eApps/system/index.do.
Keputusan Permohonan
Keputusan permohonan penajaan Program Khas JKPJ ini dijangka akan diumumkan melalui laman sesawang http://www.jpa.gov.my atau http://esilav2.jpa.gov.my/ selewat-lewatnya pada 10 Mei 2019 (Jumaat) jam 5.00 petang.Link: http://esilav2.jpa.gov.my