Skip to main content

Program Kejuruteraan Penajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (Biasiswa JPA Jerman, Perancis, Jepun & Korea) Untuk Lepasan SPM

BIASISWA JPA LEPASAN SPM: PROGRAM KEJURUTERAAN JERMAN, PERANCIS, JEPUN DAN KOREA
Tarikh Tutup
27 Mac 2014

PROGRAM KEJURUTERAAN(JERMAN, PERANCIS, JEPUN DAN KOREA)
Permohonan adalah dipelawa daripada calon-calon yang menduduki SPM pada tahun 2013 bagi kali pertama untuk mendapatkan tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi mengikuti pengajian di luar negara. Calon-calon yang berjaya dipilih bagi program luar negara dikehendaki mengikuti kursus persediaan di kolej-kolej yang ditetapkan di dalam negara sebelum mengikuti pengajian di luar negara.

Calon-calon mestilah memenuhi syarat-syarat umum dan khusus permohonan seperti berikut:

I. Syarat-Syarat Umum
a) Warganegara Malaysia.
b) Umur belum mencapai 18 tahun (19 tahun bagi pelajar peralihan) pada 31 Disember 2013; dan
c) Mempunyai kesihatan yang baik dan tidak mengidap penyakit-penyakit kritikal seperti Hepatitis, Aids, HIV dan sebagainya.

II. Syarat-Syarat Khusus Permohonan
1) Kejuruteraan Jerman
Mendapat sekurang-kurangnya gred A- dalam lapan (8) matapelajaran berikut:
a) Bahasa Melayu;
b) Sejarah;
c) Pendidikan Islam atau Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah atau Pendidikan Syariah Islamiah atau Pendidikan Moral;
d) Bahasa Inggeris;
e) Fizik;
f) Kimia;
g) Matematik;
h) Matematik Tambahan; dan
mendapat sekurang-kurangnya A- dalam mana-mana satu (1) matapelajaran.

Calon yang mempunyai asas dalam bahasa Jerman adalah digalakkan memohon.

2) Kejuruteraan Perancis
Mendapat sekurang-kurangnya gred A- dalam lapan (8) matapelajaran berikut:
a) Bahasa Melayu;
b) Sejarah;
c) Pendidikan Islam atau Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah atau Pendidikan Syariah Islamiah atau Pendidikan Moral;
d) Bahasa Inggeris;
e) Fizik;
f) Kimia;
g) Matematik; dan
h) Matematik Tambahan
mendapat sekurang-kurangnya A- dalam mana-mana satu (1) matapelajaran.

Calon yang mempunyai asas dalam bahasa Perancis adalah digalakkan memohon.

3) Diploma Kejuruteraan Jepun (Diploma Kejuruteraan Jepun dan berpeluang ke Peringkat Ijazah Pertama)
Mendapat sekurang-kurangnya gred A- dalam enam (6) matapelajaran berikut:
a) Bahasa Melayu;
b) Sejarah;
c) Pendidikan Islam atau Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah atau Pendidikan Syariah Islamiah atau Pendidikan Moral;
d) Fizik;
e) Kimia;
f) Matematik; dan
mendapat sekurang-kurangnya B+ dalam dua (2) matapelajaran berikut:
g) Matematik Tambahan;
h) Bahasa Inggeris; dan mendapat sekurang-kurangnya A- dalam salah satu (1) matapelajaran selain mata pelajaran di atas.

Calon yang mempunyai asas dalam bahasa Jepun adalah digalakkan memohon.

4) Diploma Kejuruteraan Korea (Program Diploma Korea dan berpeluang ke Peringkat Ijazah Pertama)
Mendapat sekurang-kurangnya gred A- dalam enam (6) matapelajaran berikut:
a) Bahasa Melayu;
b) Sejarah;
c) Pendidikan Islam atau Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah atau Pendidikan Syariah Islamiah atau Pendidikan Moral;
d) Fizik;
e) Kimia;
f) Matematik; dan
mendapat sekurang-kurangnya B+ dalam dua (2) matapelajaran berikut:
g) Matematik Tambahan;
h) Bahasa Inggeris; dan
mendapat sekurang-kurangnya A- dalam salah satu (1) matapelajaran selain mata pelajaran di atas dan

Calon yang mempunyai asas dalam bahasa Korea adalah digalakkan memohon.

Kriteria Pemilihan
  1. Prestasi akademik;
  2. Kokurikulum;
  3. Student Assesment Centre (SAC); dan
    Calon yang telah disenarai pendek adalah dikehendaki untuk menghadiri SAC. SAC adalah satu kaedah penilaian dan pemilihan pelajar yang lebih komprehensif berdasarkan kompetensi-kompetensi yang ditetapkan meliputi minat, tata kelakuan, kepimpinan, patriotisme, kreativiti, ketahanan dan keyakinan diri. Program SAC dijadualkan pada 15 hingga 18 April 2014 di pusat yang telah ditetapkan. Calon boleh membuat semakan panggilan ke program SAC pada 11 April 2014 secara online di http://esilav2.jpa.gov.my . Tempat SAC adalah sebagaimana yang dinyatakan dalam surat panggilan.
  4. Sosio ekonomi keluarga.
Cara Memohon
  • Permohonan boleh dibuat secara online di http://esilav2.jpa.gov.my mulai 21 Mac – 27 Mac 2014 (tujuh hari).
  • Pemohon hendaklah mendaftar terlebih dahulu sebelum boleh memohon secara online.
  • Pemohon hendaklah membaca dan memahami kesemua panduan dan syarat- syarat yang ada disediakan di http://esilav2.jpa.gov.my terlebih dahulu sebelum membuat permohonan.
Pertanyaan
*Program Biasiswa Nasional adalah program khas yang ditawarkan kepada 50 orang pelajar paling cemerlang lepasan SPM 2013 yang telah disenaraikan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia.

Link: http://esilav2.jpa.gov.my