Skip to main content

Bursary Pelajar Cemerlang SPM Tahun 2014

BURSARY PELAJAR CEMERLANG SIJIL PELAJARAN MALAYSIA TAHUN 2014 AMBILAN 2015 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
1. Bursary Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) adalah merupakan penajaan di peringkat persediaan sebelum pelajar melanjutkan pengajian Ijazah Pertama dalam pelbagai bidang di universiti sama ada di dalam atau luar negara.

2. Bursary ini bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada pelajar cemerlang lepasan SPM 2014 yang memperoleh keputusan cemerlang 9A+ dan ke atas.

3. Program persediaan yang ditawarkan Bursary KPM adalah berikut:
Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)
Pelajar boleh mengikuti program STPM di mana - mana sekolah yang menawarkan program ini. Tempoh pengajian adalah selama 2 tahun.

Pelajar lepasan STPM berpeluang memohon masuk ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam dan luar negara untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Pertama.

Matrikulasi
Matrikulasi adalah program pra - universiti anjuran KPM yang menawarkan kursus persediaan jurusan Sains dan jurusan Perakaunan bagi melayakkan pelajar melanjutkan pengajian Ijazah Pertama pelbagai bidang di IPT dalam negara. Tempoh pengajian adalah selama setahun.

Kelayakan ini turut diterima pakai untuk memohon kemasukan ke IPT luar negara TERHAD kepada universiti yang menerima kemasukan lepasan Matrikulasi sahaja.

Pelajar yang layak di bawah Bursary KPM boleh mengikuti program persediaan ini di institusi berikut:
  1. Kolej Matrikulasi Melaka
  2. Kolej Matrikulasi Labuan
  3. Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan
  4. Kolej Matrikulasi Pulau Pinang
  5. Kolej Matrikulasi Perlis
  6. Kolej Matrikulasi Johor
  7. Kolej Matrikulasi Perak
  8. Kolej Matrikulasi Kedah
  9. Kolej Matrikulasi Pahang
  10. Kolej Matrikulasi Selangor
  11. Kolej Matrikulasi Kelantan
  12. Kolej Matrikulasi Sarawak
Asasi
Program persediaan Asasi adalah program pra-universiti anjuran KPM yang menawarkan kursus persediaan seperti Sains Hayat, Sains Fizikal dan Sastera. Program ini adalah menjurus kepada kemasukan pengajian ijazah pertama di IPT dalam negara. Tempoh pengajian adalah selama setahun.

Pelajar yang layak di bawah Bursary KPM boleh mengikuti program persediaan ini di institusi berikut:
  1. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
  2. Universiti Teknologi Mara (UiTM)
  3. Universiti Putra Malaysia (UPM)
  4. Universi ti Malaya (UM)
  5. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
  6. Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
  7. Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
  8. Universiti Malaysia Sabah (UMS)
  9. Asasi Pintar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
International Baccalaureate (IB)
Kursus persediaan IB merupak an program persediaan yang diterima pakai sebagai kelayakan masuk ke IPT dalam dan luar negara untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Pertama. Tempoh pengajian adalah selama 2 tahun.

Pelajar yang layak di bawah Bursary KPM boleh mengikuti program persediaan ini di institusi persediaan berikut:
  1. Sri KDU International School , Selangor
  2. Taylor's University College , Selangor
A - Level
Kursus persediaan A - Level ini merupakan program persediaan yang diterima pakai sebagai kelayakan masuk ke IPT dalam dan luar negara untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Pertama. Tempoh pengajian adalah selama 18 hingga 24 bulan.

Pelajar yang layak di bawah Bursary KPM akan ditempatkan untuk mengikuti program persediaan yang dipilih di institusi persediaan seperti berikut:
  1. Taylor's University College, Selangor
  2. UCSI University, Kuala Lumpur
  3. Kolej Damansara Utama (KDU), Kuala Lumpur
  4. International Islamic School, Selangor
  5. Sunway University College, Selangor dan Johor
  6. INTI International University, Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang
  7. HELP University College, Selangor
  8. Methodist College KL, Kuala Lumpur
  9. Kolej INTEC, Selangor
  10. Kolej Teknologi Timur, Selangor
  11. Institut Teknologi Riam, Sarawak
  12. Kolej Antarabangsa Wadi Sofia, Kelantan
  13. Kolej Yayasan Saad, Melaka
  14. Stamford College, Kuala Lumpur
  15. KBU International College, Selangor
  16. Cempaka International School, Selangor
  17. SEGI University College, Selangor
4. Pelajar yang menerima Bursary KPM layak mendapat penajaan berikut:
  • Pembiayaan yuran pengajian di institusi persediaan; dan
  • Elaun Sara Hidup sebanyak RM430.00 sebulan.
Sebarang pertanyaan berhubung penajaan peringkat ijazah pertama di dalam atau luar negara setelah menamatkan pengajian peringkat persediaan, sila hubungi Jabatan Perkhidmatan Awam, Bahagian Pembangunan Modal Insan, di talian 03 - 8885 3564 / 3489 / 3386 / 3403 / 3939 / 3492 / 3380 / 3560 / 3678 atau emel di [email protected]

Link: http://apps.moe.gov.my/bursaryspm/