Tarikh Tutup 29 Februari 2016 A. PENGENALAN PROGRAM SKIM BIASISWA MyBrainSc SCHOLARSHIPS Biasiswa MyBrainSc ini terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia yang sedang atau akan mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda dan Pasca Ijazah Khas secara sepenuh masa dalam bidang sains tulen iaitu Fizik, Kimia, Biologi dan Matematik di Universiti Awam (UA) dan universiti terkemuka dunia atau bertaraf Ivy League. Program ini merupakan salah satu agenda Kementerian Pendidikan Tinggi untuk mencapai matlamat Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) dan menghasilkan saintis-saintis muda yang berjiwa besar dan berani menyahut cabaran menghasilkan cendekiawan yang bertaraf dunia dan akhirnya diiktiraf sebagai Nobel Laureate. B. BIDANG PENGAJIAN Fizik Biologi Kimia Matematik C. SYARAT PERMOHONAN Syarat-syarat permohonan adalah berdasarkan 3 kategori berikut: 1) Ph.D; Calon adalah warganegara Malaysia; Berumur tidak melebihi 35 tahun pada tarikh memohon;