Skip to main content

Permohonan Pelajar ke Universiti di Timur Tengah (Jordan, Mesir dan Morocco)

Permohonan Pelajar ke Universiti di Timur Tengah (Jordan, Mesir dan Morocco)
Tarikh Tutup
18 Mac 2016

PERMOHONAN ONLINE BAGI MELANJUTKAN PENGAJIAN KE TIMUR TENGAH (JORDAN, MESIR DAN MOROCCO) BAGI SESI KEMASUKAN 2016/2017
Permohonan Pengajian Ke Timur Tengah Sesi 2016/ 2017 Online. Anda berminat melanjutkan pelajaran ke Timur Tengah? Permohonan untuk melanjutkan pengajian ke Timur Tengah - Mesir, Jordan dan Morocco bagi sesi kemasukan 2016/ 2017 kini dibuka. Untuk makluman, pelajar Malaysia yang berhasrat untuk melanjutkan pengajian ke Timur Tengah (Mesir, Jordan dan Morocco) bagi sesi 2016/ 2017 perlu membuat permohonan secara atas talian di applikasi permohonan di bawah ini.

Berikut adalah maklumat penting tentang tarikh permohonan dibuka dan tarikh tutup permohonan.
Borang permohonan atas talian yang telah dicetak beserta dengan dokumen-dokumen sokongan perlu dikemukakan ke Bahagian Education Malaysia, Jabatan Pendidikan Tinggi selewat-lewatnya pada atau sebelum 29 April 2016 sebelum pukul 5.00 petang.

Permohonan bagi melanjutkan pengajian ke Mesir, Jordan dan Morocco bagi bidang Pengajian Islam, Perubatan, Pergigian dan Farmasi HANYA diproses oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)  sahaja. Oleh itu, semua permohonan perlu melalui atas talian dan dokumen yang lengkap perlu dihantar kepada KPM.

Sebagai makluman, penggunaan agen bagi menguruskan permohonan dan penempatan ke Timur Tengah adalah atas pilihan dan tanggungjawab pelajar atau ibu bapa sendiri dan dimaklumkan bahawa KPM TIDAK MELANTIK mana-mana agen bagi menguruskan pelajar ke Timur Tengah.

* Sila baca Panduan Permohonan sebelum memohon masuk ke dalam sistem

* Bagi memudahkan kelancaran proses memuat naik gambar semasa mengisi borang, anda dikehendaki untuk menyediakan gambar berukuran passport dalam format (*.jpg, *.png, *.jpeg) bersaiz tidak melebihi (1MB)

* Sebarang pertanyaan dan kemusykilan bolehlah merujuk kepada Bahagian Education Malaysia, Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi di talian
03-8870 6226/6627.
Bahagian Education Malaysia
Jabatan Pendidikan Tinggi
Kementerian Pendidikan Tinggi
Aras 4, No.2, Menara 2, Jalan P5/6
Presint 5, 62200 PUTRAJAYA
Link: https://dohe.mohe.gov.my