Skip to main content

Tawaran Biasiswa Yayasan TM


TARIKH TUTUP
Mac 31, 2008

INSTITUSI TAJAAN Yayasan TM
Berikut ini adalah nama institusi dibawah tajaan Yayasan TM :-
Pengajian Dalam Negara - IPTA (Program peringkat Ijazah Pertama di IPTA)
Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
Universiti Malaya (UM)
Universiti Malaysia Sabah (UMS)
Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
Universiti Putra Malaysia (UPM)
Universiti Sains Malaysia (USM)
Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
Universiti Teknologi MARA (UiTM)
Universiti Utara Malaysia (UUM)

SYARAT PERMOHONAN
Skim ini bertujuan untuk membantu pelajar melanjutkan pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi Awam(IPTA) dan Swasta (IPTS) yang diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan dan Lembaga Akreditasi Negara mengikut bidang-bidang tertentu yang ditaja oleh Yayasan TM.

Yayasan TM akan hanya mempertimbangkan mana-mana permohonan yang memenuhi syarat-syarat seperti berikut:-
1. Warganegara Malaysia
2. Berumur tidak melebihi sembilan belas tahun(19) bagi lulusan Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) , dua puluh tahun bagi lulusan STPM atau yang setaraf dengannya dan tidak melebihi dua puluh satu tahun (21) bagi lulusan Diploma/setaraf dengannya pada tarikh iklan dikeluarkan.
3. Telah mendapat tempat dan mendaftar diri untuk mengikuti kursus secara sepenuh masa di institusi tertentu yang diiktiraf samada oleh Kementerian Pendidikan atau Lembaga Akreditasi Negara ( bagi IPTS) dan Jabatan Pendidikan Swasta.
4. Tidak mendapat penajaan lain dari mana-mana pihak.
5. Kelulusan akademik yang bersesuaian.
Untuk kemasukan ke peringkat A-Level/Persediaan/ Pra Universiti/Diploma bagi lulusan SPM, pelajar mestilah memperolehi sekurang-kurangnya 4B bagi matapelajaran teras mengikut bidang yang diambil seperti berikut-
Kejuruteraan/Sains Komputer/Teknologi Maklumat dan lain-lain bidang sains:
- Bahasa Inggeris, Matematik,Matematik Tambahan, Fizik dan Kimia atau Sains Tulen/Teknologi/Teknologi Maklumat/Vokasional.
Bidang Pengurusan:
- Bahasa Inggeris,Matematik Moden, Matematik Tambahan, Prinsip Akaun, Perdagangan/Ekonomi Asas/ Geografi/ Sejarah/ Sains.
Bidang Multimedia:
- Bahasa Inggeris, Matematik Moden, Lukisan/Pendidikan Seni, Matematik Tambahan/Prinsip Akaun/Perdagangan/Ekonomi Asas dan Sejarah/Geografi/Sains.

Untuk kemasukan ke peringkat Ijazah Pertama bagi lulusan Diploma dengan memperolehi sekurang-kurangnya CGPA 3.30 atau B+ atau yang setaraf dengannya dan bagi lulusan Pra Universiti/Matrikulasi STPM mestilah mendapat sekurang-kurangnya CGPA 3.00 dan lulus Pengajian Am. Berikut adalah matapelajaran mengikut bidang yang diambil:-
Bidang Kejuruteraan/Sains Komputer/Teknologi Maklumat dan lain-lain yang berkaitan Matematik Tulin, Matematik, Fizik, Kimia dan Pengajian Am
Bidang Pengurusan (Sumber Manusia, Perakaunan, Pemasaran, Perniagaan, Ekonomi dan lain-lain) Matematik,Ekonomi, Sejarah/Geografi, Perakaunan dan Pengajian Am.

MEMOHON SECARA ONLINE
Link: http://ytm.tm.com.my/index.cfm?ytm=page.open&lang=MY