30 September 2012
Bantuan Pelajaran Tunku Abdul Rahman (BPTAR)
Bantuan pelajaran yang diberi nama Bantuan Pelajaran Tunku Abdul Rahman ini diwujudkan untuk mengenang sifat perihatin Almarhum Y.T.M. Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Bapa Kemerdekaan dan Perdana Menteri Malaysia pertama.
Bantuan Pelajaran Tunku Abdul Rahman ini dikhususkan untuk pelajar yang berlatarbelakang daripada golongan miskin bagi menampung kos sara hidup semasa mengikuti pengajian sepenuh masa Ijazah Sarjana Muda di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
(i) Warganegara Malaysia.
(ii) Pelajar berdaftar sepenuh masa dalam sebarang pengajian Ijazah Sarjana Muda di IPTA.
(iii) Berlatarbelakang keluarga miskin.
(iv) Peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional layak memohon.
KADAR BANTUAN DAN CARA BAYARAN
Amaun bantuan dan bilangan penerima akan ditentukan oleh Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Tunku Abdul Rahman dan disalurkan melalui pihak pejabat Hal Ehwal Pelajar IPTA.
PENGESAHAN PENDAPATAN KELUARGA
Maklumat berkaitan pendapatan keluarga pemohon hendaklah disahkan oleh Penghulu Mukim (atau setaraf) atau Ketua Jabatan (Majikan ibu bapa/penjaga) yang benar-benar mengenali keluarga pemohon.
PERMOHONAN
Klik DI SINI untuk memuat turun Borang Permohonan Bantuan Pelajaran Tunku Abdul Rahman. Semua permohonan mesti diserahkan kepada Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) universiti anda.
Hanya calon yang disenarai pendek akan dihubungi. Pemohon yang tidak dihubungi selepas 2 bulan dianggap tidak berjaya.
Link: http://www.yayasantar.org.my