Skip to main content

Program Penajaan Pendidikan PETRONAS Education Sponsorships

Program Penajaan Pendidikan PETRONAS
Tarikh Tutup
26 March 2014 (5pm)

Program Penajaan Pendidikan PETRONAS untuk Lepasan SPM 2013 (PETRONAS Education Sponsorship Programme)
PETRONAS sekali lagi menawarkan penajaan pendidikan peringkat universiti kepada calon-calon SPM 2013 di dalam bidang-bidang khusus berkaitan industri minyak dan gas di Universiti Teknologi PETRONAS dan universiti-universiti luar negara.

Permohonan dipelawa daripada calon-calon yang memiliki latarbelakang pencapaian akademik yang cemerlang di samping mempunyai sifat kepimpinan yang terbukti melalui penglibatan aktif di dalam aktiviti-aktiviti kokurikulum, sosial serta kesukarelawanan.

PROGRAM DI UNIVERSITI TEKNOLOGI PETRONAS (UTP)
Calon-calon yang terpilih untuk mengikuti program di UTP dikehendaki menjalani Program Pengajian Asas (1 tahun) di UTP sebelum meneruskan pengajian di peringkat Sarjana Muda.

PROGRAM DI UNIVERSITI LUAR NEGARA
Calon-calon yang terpilih untuk mengikuti program di universiti luar negara dikehendaki menjalani Program Pengajian Asas (12 hingga 24 bulan) di kolej-kolej persediaan program luar negara di Malaysia sebelum meneruskan pengajian di peringkat Sarjana Muda.

PERMOHONAN DIBUKA:
Permohonan secara "online" dibuka mulai 9.00 pagi, 20 Mac 2014.
Tarikh tutup permohonan adalah pada 5.00 petang, 26 Mac 2014.

SYARAT MEMOHON
  • Calon-calon mestilah menggunakan keputusan SPM 2013.
  • Calon-calon mestilah warganegara Malaysia.
  • Calon-calon mestilah berumur sekurang-kurangnya 17 tahun dan tidak melebihi 19 tahun pada tahun 2014.
  • Mempunyai ciri-ciri kepimpinan serta aktif di dalam aktiviti ko-kurikulum.
  • Calon-calon mestilah memperoleh keputusan tujuh (7) A+ dan sekurang-kurangnya dua (2) A- dalam keputusan SPM 2013.
CARA-CARA MEMOHON:
  1.     Permohonan mestilah dibuat secara "online" melalui laman sesawang ini sahaja.
  2.     Sila baca dengan teliti Panduan Permohonan dan Panduan Mengisi Borang. Untuk muat turun, sila klik Panduan Permohonan dan Panduan Mengisi Borang di laman ini.
  3.     Bagi permohonan Penajaan Pendidikan PETRONAS ke Universiti Teknologi PETRONAS (UTP), pemohon dikehendaki :-
    i) Memohon terlebih dahulu kemasukan ke UTP di laman web http://www.utp.edu.my
    DAN
    ii) Seterusnya memohon Penajaan Pendidikan PETRONAS ke UTP di laman ini.
  4.     Bagi permohonan Penajaan Pendidikan PETRONAS ke Universiti Luar Negara, pemohon dikehendaki mengisi borang di laman ini.
  5.     Pemohon yang disenarai-pendek akan dipanggil untuk melalui proses penilaian di "PETRONAS YoungStars Day" pada bulan April 2014. Proses pemilihan terakhir akan dibuat selepas "PETRONAS YoungStars Day".
  6.     Keputusan tawaran biasiswa akan dimaklumkan pada bulan Mei 2014.