Skip to main content

Biasiswa MyBrain15 My PhD Scholarships

Biasiswa MyBrain15 Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia
Biasiswa MyBrain15 Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia
Tarikh Tutup Permohonan Biasiswa MyBrain15: 30 April 2016, Jam 11.59 Malam

Biasiswa MyPhD Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia

Biasiswa MyPhD Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia
Biasiswa MyPhD Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia
MyPhD merupakan salah satu Program MyBrain15 yang menyediakan pembiayaan pengajian di peringkat Ijazah Kedoktoran untuk mencapai sasaran 60,000 pemegang PhD dari kalangan rakyat Malaysia menjelang tahun 2023.

Syarat-syarat Am Permohonan Biasiswa MyPhD

1. Warganegara Malaysia

2. Berumur tidak melebihi 35 tahun pada 1 Januari 2016

3. Pemohon mestilah:
        i. Orang awam yang tidak bekerja dan tidak berpendapatan tetap; atau
        ii. Kakitangan swasta; atau
        iii. Pensyarah IPTS; atau
        iv. Kakitangan kerajaan/badan berkanun/IPTA (kontrak/sambilan/sementara); atau

4. Pemohon yang bekerja di luar negara tidak layak memohon.

5. Pemohon tidak memiliki Ijazah Sarjana Kedoktoran atau setaraf semasa memohon MyPhD.

6. Pemohon mestilah memenuhi syarat kelayakan akademik seperti berikut:
        i. Memiliki Ijazah Sarjana atau setaraf yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan PNGK 3.00 - 4.00 atau setara;

7. Memenuhi syarat kemasukan ke IPT dan telah menerima surat tawaran tidak bersyarat daripada IPT atau telah memulakan pengajian di IPT. Pengajian mestilah di peringkat Ijazah Kedoktoran atau sijil profesional yang setaraf dengan Ijazah Kedoktoran sahaja.

8. Pemohon tidak menerima pembiayaan lain daripada mana-mana pihak untuk melanjutkan pengajian di peringkat yang sama, kecuali yang dibenarkan sahaja seperti berikut:
        i. Pemohon kategori orang awam yang tidak bekerja dan tidak berpendapatan tetap boleh menerima elaun pembantu penyelidik siswazah atau pinjaman pelajaran daripada penaja lain, dengan syarat ia bukanlah pinjaman boleh ubah atau biasiswa penuh.
        ii. Pemohon kategori kakitangan swasta dan pensyarah IPTS boleh menerima pinjaman pelajaran daripada penaja lain atau pembiayaan tambahan daripada majikan masing-masing, dengan syarat ia bukanlah pinjaman boleh ubah atau biasiswa penuh.
        iii.Pemohon kategori kakitangan kerajaan/badan berkanun/Universiti Awam (kontrak/sambilan/sementara) boleh menerima pinjaman pelajaran daripada penaja lain, dengan syarat ia bukanlah pinjaman boleh ubah atau biasiswa penuh.

9. Mod pengajian yang perlu diikuti oleh pemohon adalah secara sepenuh masa sahaja.

10. Pemohon boleh mengikuti pengajian dalam semua bidang sama ada di Universiti Awam atau IPTS bertaraf Universiti dan Kampus Universiti Luar Negara.

Tempat Pengajian & Kemudahan Elaun Biasiswa MyBrain15 MyPhD

i. Semua Universiti Awam
ii. Semua IPTS bertaraf Universiti dan Kampus Universiti Luar Negara Sila klik di sini untuk mengetahui senarai IPT berkenaan. (PINDAAN SENARAI IPT)
iii.Kemudahan & Elaun
(a) Kemudahan dan elaun yang layak dibayar kepada pemohon yang berjaya adalah seperti berikut:
KATEGORI YURAN PENGAJIAN ELAUN SARA HIDUP ELAUN BANTUAN TESIS ELAUN BANTUAN JURNAL
P1 : Orang awam tidak bekerja dan tidak berdapatan tetap Tidak melebihi RM24,000 RM1,800 sebulan Tidak melebihi RM3,000 Tidak melebihi RM2,000
P2 : Kakitangan Swasta Tidak melebihi RM24,000 Tiada Tidak melebihi RM3,000 Tidak melebihi RM2,000
P3 : Pensyarah IPTS Tidak melebihi RM24,000 Tiada Tidak melebihi RM3,000 Tidak melebihi RM2,000
P4 : Kakitangan kerajaan / badan berkanun / IPTA (kontrak/sambilan/sementara) Tidak melebihi RM24,000 Tiada Tidak melebihi RM3,000 Tidak melebihi RM2,000
Nota:
        a. Yuran pengajian tidak melebihi RM24,000 untuk keseluruhan tempoh pembiayaan yang diluluskan. Yuran pengajian yang dibiayai tidak termasuk deposit, wang hemat diri dan yuran penginapan.
        b. Tempoh pembiayaan dikira bermula pada semester semasa bagi pelajar yang sedang mengikuti pengajian atau mengikut surat tawaran IPT bagi yang belum memulakan pengajian.
        c. Elaun Bantuan Tesis dan Elaun Bantuan Jurnal dibayar sekali sahaja sepanjang tempoh pengajian dan tertakluk kepada siling yuran pengajian yang masih berbaki.
(b)Pembayaran yuran pengajian akan dibuat terus kepada Bendahari IPT berdasarkan invois yang diterima. Manakala elaun sara hidup akan dibayar ke akaun pelajar yang berkaitan.

Ikatan Perjanjian dengan Kerajaan Biasiswa MyBrain15 MyPhD

1. Pelajar akan dikenakan ikatan Perjanjian dengan Kerajaan bersama seorang penjamin dan pelajar perlu berkhidmat di Malaysia atau mana-mana organisasi yang mempunyai kepentingan kepada Malaysia selama lima (5) tahun.

2. Pelajar yang melanggar Perjanjian seperti berhenti atau ditamatkan pengajian oleh pihak IPT atau gagal dalam pengajian atau berhijrah ke negara lain dalam tempoh perjanjian akan dikenakan tindakan bayar balik atau ganti rugi.

Permohonan Biasiswa MyBrain15 MyPhD

1. Permohonan perlu dibuat secara atas talian (online) melalui laman web MyBrain15 https://biasiswa.mohe.gov.my/MyBrain15

2. Permohonan perlu dibuat secara atas talian sepenuhnya dengan klik menu LOG MASUK di atas, dan mendaftar sebagai pengguna sistem. Permohonan secara manual tidak akan diproses.

3. Pemohon hendaklah memastikan rancangan penyelidikan (proposal) telah dipersetujui dan disahkan oleh penyelia. Pengesahan perlu dibuat pada muka surat pertama rancangan penyelidikan tersebut. Sila rujuk Lampiran A untuk panduan penyediaan.

4. Pemohon dikehendaki mencetak, mengisi dan memuat naik Borang Pengesahan Maklumat Pemohon melalui permohonan ini.

5. Semua dokumen sokongan yang disertakan perlu diimbas (scan) dari dokumen asal dan disimpan dalam format imej (JPEG) atau PDF dan perlu dimuatnaik (upload) dalam sistem permohonan atas talian ini. Dokumen yang diambil(capture) menggunakan kamera tidak akan diterima.

6. Jika tiada dokumen asal, pelajar boleh mengimbas dari dokumen salinan photostat tetapi dokumen tersebut perlu diakui sah oleh pegawai Kerajaan / badan berkanun dari Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Gred 41 dan ke atas) / Penggawa / Ketua Kampung / Ketua Masyarakat.

7. Dokumen sokongan yang perlu dimuatnaik adalah seperti berikut:
BIL DOKUMEN FORMAT SAIZ DOKUMEN
1 Salinan kad pengenalan pemohon (depan dan belakang) PDF 280KB
2 Rancangan penyelidikan (proposal) yang disahkan oleh penyelia (muatturun format di Lampiran A
(Pemohon yang mengikuti pengajian secara Mod Penyelidikan sahaja)
PDF 300KB
3 Salinan transkrip akademik di peringkat Ijazah Sarjana PDF 400KB
4 Salinan surat tawaran kemasukan ke IPT, dan pindaan surat tawaran (jika berkenaan). PDF 200KB
5 Borang Pengesahan Maklumat Pemohon PDF 400KB

8. Pemilihan calon akan dibuat berdasarkan penilaian oleh suatu Jawatankuasa yang dilantik oleh Kementerian Pendidikan Tinggi yang bermesyuarat secara berkala.

9. Keputusan permohonan akan dimaklumkan kepada pemohon melalui emel dan sms dalam tempoh 7 hari selepas keputusan Jawatankuasa dan pemohon perlu mencetak surat tawaran secara atas talian.

10. Jika berjaya, pemohon dikehendaki mengemukakan semua dokumen seperti yang dinyatakan dalam Senarai Semak Dokumen Tawaran MyBrain15 ke Bahagian Biasiswa, KPT dalam tempoh 14 hari dari tarikh surat tawaran program. Kegagalan pelajar untuk berbuat demikian boleh menyebabkan kelulusan yang diberikan ditarik balik dan terbatal.

11. Pelajar juga bertanggungjawab untuk memberikan sesalinan surat tawaran program kepada pihak Bendahari dan Sekolah Pengajian Siswazah IPT serta memastikan invois yuran pengajian bagi setiap semester dihantar ke Bahagian Biasiswa, KPT.

Maklumat Lanjut Permohonan Biasiswa MyBrain15 MyPhD

Soalan-soalan lazim permohonan Biasiswa MyBrain15 MyMaster [pdf]

Alamat : Bahagian Biasiswa Kementerian Pendidikan Tinggi Aras 2, No. 2, Menara 2, Jalan P5/6 Presint 5 Kompleks Kerajaan Persekutuan 62200 PUTRAJAYA
(u.p : Unit MyBrain15)

Hotline : 03-8888 1616 | Klik di sini Direktori Bahagian Biasiswa
Email : [email protected]
URL : http://www.mohe.gov.my
Facebook : https://www.facebook.com/MyBrain15KPT