14 Februari 2017
Biasiswa Bantuan Tabung Pendidikan Permodalan Darul Takzim (PDT) 2017
Tabung Pendidikan Sarjana Permodalan Darul Ta’zim Tahun 2017 – Permohonan Tabung Pendidikan Sarjana Permodalan Darul Ta’zim Tahun 2017 akan dibuka mulai pada 1 Februari 2017.
Dimaklumkan bahawa Permodalan Darul Takzim (PDT) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Johor dan Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) diuruskan bersama Yayasan Zarith Sofea Negeri Johor menyediakan bantuan Tabung Pendidikan PDT 2017 kepada calon program Ijazah Sarjana (Masters) di IPTA tempatan yang berkelayakan.
Syarat-syarat Am
- Terbuka kepada pelajar peringkat pengajian ijazah SARJANA yang mengikuti mod kursus sama ada melalui kerja kursus/penyelidikan/campuran secara SEPENUH atau SEPARUH MASA di Institusi Pengajian Tinggi Awam SAHAJA.
- Pemohon MESTILAH menetap di negeri Johor.
- KEUTAMAAN adalah kepada pemohon yang LAHIR di negeri Johor.
- TIADA HAD umur.
- Bagi pemohon yang TIDAK BEKERJA : sekiranya pemohon/keluarga berdaftar dengan “e-kasih” maka pemohon perlu mendapatkan pengesahan dari Pejabat Daerah berhampiran, sekiranya tidak berdaftar, pendapatan isi rumah keluarga adalah TIDAK MELEBIHI RM4,000.00 sebulan dan perlu disahkan oleh Wakil Rakyat : Ahli Parlimen/ADUN kawasan.
- Pemohon yang sedang BEKERJA, pendapatan isi rumah pemohon adalah TIDAK MELEBIHI RM 4,000 sebulan.
- Tempoh mengikuti pengajian Sarjana MESTILAH BERBAKI LEBIH 2 SEMESTER dari tempoh permohonan.
- BELUM PERNAH MENERIMA bantuan Tabung Pendidikan Sarjana PDT atau mana-mana bantuan kewangan pendidikan daripada Yayasan Pelajaran Johor dan/atau agensi Kerajaan Negeri Johor.
- BORANG PERMOHONAN yang LENGKAP diisi dan ditandatangani.
- DOKUMEN SOKONGAN pemohon menetap di negeri Johor. (Alamat di Kad Pengenalan akan dirujuk DAN sertakan Salinan Sijil Tamat Persekolahan Rendah dan Menengah)
- SURAT TAWARAN kemasukan daripada Institusi Pengajian Tinggi Awam.
- Salinan Transkrip/keputusan peperiksaan semester TERKINI.
- Salinan Kad Pengenalan pemohon, ibu bapa dan/atau penjaga.
- Salinan PENYATA PENDAPATAN :
- Slip Gaji/Penyata Pencen ibu/bapa ATAU
- Slip Gaji pemohon (bagi yang sedang bekerja/dalam tempoh perkhidmatan sahaja); DAN
- Slip Gaji pasangan (bagi yang telah berkahwin)
- Salinan Kad Perakuan Nikah/Sijil Kematian/Penceraian (jika berkaitan)
- Salinan Sijil-Sijil penyertaan program/aktiviti di peringkat negeri (jika berkaitan)
1. Pemohon hendaklah MEMUAT-TURUN Borang Permohonan rasmi di laman-laman web berikut:
http://www.muafakatjohor.com
http://www.zarithsofiah.foundation
htpp://www.ypj.gov.my
2. Lengkapkan Borang Permohonan bersama-sama DOKUMEN-DOKUMEN WAJIB di atas dan sila hantar ke alamat berikut :
*Semua dokumen-dokumen ini hendaklah diperakui sah oleh Pegawai Kerajaan Gred A atau yang setaraf dengannya
PERMODALAN DARUL TA’ZIMINFO: Borang boleh dimuat turun pada tarikh tersebut di laman web YPJ http://ypj.gov.my/
(Sektor Perhubungan Strategik & Tugas Khas)
Tingkat 1, Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar,
79100 Iskandar Puteri,
Johor Darul Ta’zim
Tel : 07-2909621 (Cik Adawiah)
Tarikh Penting Permohonan
- Borang Permohonan rasmi boleh diperolehi secara muat-turun di laman-laman web di atas mulai 1hb FEBRUARI 2017.
- Serahan Borang Permohonan yang lengkap beserta Dokumen-Dokumen Wajib boleh dihantar secara POS atau SERAHAN TANGAN ke alamat yang dinyatakan SELEWAT-LEWATNYA pada 14hb FEBRUARI 2017.
- Kelulusan dan/atau pertimbangan adalah tertakluk kepada peruntukan yang ada serta perubahan dasar dari semasa ke semasa. Oleh itu, pihak pengurusan tidak terikat untuk meluluskan sebarang permohonan yang diterima walaupun permohonan tersebut memenuhi syarat-syarat dan kriteria yang telah ditetapkan.
- Pihak Pengurusan berhak untuk membuat sebarang pindaan dan/atau perubahan pada bila-bila masa termasuk syarat dan kriteria tanpa perlu mengemukakan sebarang notis pemberitahuan terlebih dahulu.
- Pihak Pengurusan berhak menarik balik tawaran sekiranya didapati pemohon memberi maklumat tidak benar dan palsu.
- Permohonan yang tidak lengkap, tidak menepati arahan dan tidak memenuhi syarat kelayakan sebagaimana yang dinyatakan secara jelas di sini, tidak akan diproses dan/atau dipertimbangkan.