Tarikh Tutup
24 Mac 2017
Anugerah Biasiswa Luar Negara PNB
PNB 2017 Permodalan Nasional Berhad (PNB) merupakan syarikat pengurusan aset terkemuka di Malaysia dengan jumlah dana di bawah pengurusan melebihi RM260 bilion, merangkumi ekuiti dan hartanah, dan pengurusan unit amanah. Dalam usaha PNB untuk menjadi firma pelaburan distinktif bertaraf dunia, PNB menjemput calon lepasan SPM 2016 untuk memohon Anugerah Biasiswa Luar Negara PNB 2017 bagi mengikuti bidang-bidang pengajian berikut:
- Perakaunan
- Sains Aktuari
- Ekonomi
- Kewangan
- Teknologi Maklumat
- Undang-Undang
- Pengurusan Risiko
- Hartanah (Hospitaliti)
- Komunikasi
- Falsafah, Politik dan Ekonomi
Cara Permohonan Biasiswa Permodalan Nasional Berhad (PNB)
Untuk memohon dan muat turun Borang Permohonan Anugerah Biasiswa Luar Negara PNB 2017 serta syarat-syarat permohonan, sila layari: www.pnb.com.my dan klik pada Perniagaan > Pendidikan & CSR > Program Biasiswa
Muat turun borang di http://bit.ly/2mbQlK4
- Tarikh tutup permohonan: 24 Mac 2017.
- Bumiputera digalakkan memohon.
Sebarang keputusan PNB berkenaan permohonan adalah muktamad.
Jabatan Pembangunan Pendidikan, Permodalan Nasional Berhad Tingkat 38, Menara PNB, 201-A, Jalan Tun Razak 50400 Kuala Lumpur
Link: http://www.pnb.com.my