Free Subscription

Enter your email address to receive scholarship updates via email:
    Malaysia Students FeedFull Post Feed


Click here to get FREE RM10 (RM5 + RM5) and cashback when you shop online (Groupon, Lazada, Agoda, Qoo10, Taobao.com etc) ★

Biasiswa Luar Negara PNB (Permodalan Nasional Berhad) Global Scholarship

Biasiswa Luar Negara PNB (Permodalan Nasional Berhad) Global Scholarship

Tarikh Tutup
24 Mac 2017

Anugerah Biasiswa Luar Negara PNB
PNB 2017 Permodalan Nasional Berhad (PNB) merupakan syarikat pengurusan aset terkemuka di Malaysia dengan jumlah dana di bawah pengurusan melebihi RM260 bilion, merangkumi ekuiti dan hartanah, dan pengurusan unit amanah. Dalam usaha PNB untuk menjadi firma pelaburan distinktif bertaraf dunia, PNB menjemput calon lepasan SPM 2016 untuk memohon Anugerah Biasiswa Luar  Negara PNB 2017 bagi mengikuti bidang-bidang pengajian berikut:
  • Perakaunan
  • Sains Aktuari
  • Ekonomi
  • Kewangan
  • Teknologi Maklumat
  • Undang-Undang
  • Pengurusan Risiko
  • Hartanah (Hospitaliti)
  • Komunikasi
  • Falsafah, Politik dan Ekonomi
Pemohon yang berjaya akan mengikuti pengajian A- Level atau South Australian Certificate of Education (SACE) di kolej persediaan dalam negara yang ditetapkan oleh PNB sebelum menyambung pengajian ljazah Sarjana Muda di universiti yang ditetapkan oleh PNB di United Kingdom dan Australia.

Cara Permohonan Biasiswa Permodalan Nasional Berhad (PNB)
Untuk memohon dan muat turun Borang Permohonan Anugerah Biasiswa Luar Negara PNB 2017 serta syarat-syarat permohonan, sila layari: www.pnb.com.my dan klik pada Perniagaan > Pendidikan & CSR > Program Biasiswa
Muat turun borang di http://bit.ly/2mbQlK4
  • Tarikh tutup permohonan: 24 Mac 2017.
  • Bumiputera digalakkan memohon.
Hanya pemohon yang disenarai pendek akan dipertimbangkan untuk peringkat seterusnya. Sekiranya pemohon tidak dihubungi dalam tempoh satu (1) bulan selepas tarikh tutup iklan, permohonan boleh dianggap tidak berjaya.

Sebarang keputusan PNB berkenaan permohonan adalah muktamad.

Jabatan Pembangunan Pendidikan, Permodalan Nasional Berhad Tingkat 38, Menara PNB, 201-A, Jalan Tun Razak 50400 Kuala Lumpur

Link: http://www.pnb.com.my

About Malaysia Scholarship

Malaysia Scholarship (Postgraduate, Undergraduate & Pre-university Studies) was formerly known as Malaysia Scholarship Information Centre (biasiswa Mara & JPA).

Get latest Malaysia scholarships (scholarship offers in Malaysia), biasiswa Malaysia & scholarship tips for your PhD scholarship, master scholarship and degree scholarship application (permohonan biasiswa politeknik & Mara).