Skip to main content

Dermasiswa Tunku Abdul Rahman

Dermasiswa Yayasan Tunku Abdul Rahman
TARIKH TUTUP
30 September 2012

DERMASISWA TUNKU ABDUL RAHMAN
Dermasiswa yang diberi nama Dermasiswa Tunku Abdul Rahman ini diwujudkan untuk mengekalkan ingatan rakyat Malaysia kepada keperibadian mulia Almarhum Y.T.M. Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Bapa Kemerdekaan dan Perdana Menteri Malaysia pertama yang amat mengambil berat dengan nasib rakyat yang kekurangan.

Penerima Dermasiswa Tunku Abdul Rahman ini dipilih daripada graduan cemerlang Ijazah Sarjana Muda Institusi Pengajian Tinggi Tempatan (IPT) dalam negara yang berasal daripada golongan miskin.

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
(a) Syarat Asas
(i)    Warganegara Malaysia.
(ii) Tamat pengajian sepenuh masa Ijazah Sarjana Muda IPT tempatan dalam  negara di antara 1 October 2011 hingga 30 September 2012.
(iii)    Berlatarbelakang keluarga miskin.

(b) Syarat Kelayakan Akademik dan Ko-kurikulum
(i)  Memperoleh keputusan cemerlang Ijazah Sarjana Muda dengan PNGK / CGPA 3.00 atau lebih.
(ii)  Memiliki kualiti kepimpinan dan penyertaan yang cemerlang / aktif dalam ko-kurikulum.

KADAR DERMASISWA
Amaun dermasiswa dan bilangan penerima akan ditentukan oleh Lembaga Pemegang Amanah YTAR. Sumbangan akan diberi dalam bentuk pembayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional untuk peringkat Ijazah Sarjana Muda sahaja.

PENGESAHAN PENDAPATAN KELUARGA    
Maklumat berkaitan pendapatan keluarga pemohon hendaklah disahkan oleh Penghulu Mukim (atau setaraf) atau Ketua Jabatan (Majikan) yang benar-benar mengenali keluarga pemohon.

PERMOHONAN
Klik  DI SINI untuk memuat turun Borang Permohonan Dermasiswa Tunku Abdul Rahman. Semua permohonan mesti  dibuat dengan sokongan Timbalan  Naib  Canselor  (Hal  Ehwal Pelajar) univeristi anda. Jika tidak ia akan ditolak.

Tarikh tutup permohonan : 30 September 2012

Hanya calon yang disenarai pendek akan dihubungi. Pemohon yang tidak dihubungi selepas 3 bulan dianggap tidak berjaya.

Link: http://www.yayasantar.org.my