Skip to main content

Permohonan Tawaran Biasiswa JPA Program Penajaan SPM 9A+ e-Profiling

FREE Lazada online shopping vouchers by answering questions

Latest scholarship offers @ Malaysia Scholarships
Part time job updates @ Student Part Time Jobs Malaysia
Free education counselling and further study advices @ Student Malaysia Education Forum
Cheapest bus and train ticket prices @ Buy Bus Ticket Online Malaysia Singapore

Lazada online shopping sale, discounts and price cut

Click here to get FREE RM10 (RM5 + RM5) and cashback when you shop online (Groupon, Lazada, Agoda, Qoo10, Taobao.com etc)

Malaysia Scholarships 2017 for SPM and STPM 2016 Result Holders

and their respective scholarship application closing dates.
  1. 8 May 2017: Sarawak Energy Berhad Scholarships for Sarawakians http://scholarships.malaysia-students.com/2017/04/sarawak-energy-berhad-scholarships-for-sarawakians.html
  2. 20 May 2017: Biasiswa Yayasan Manan Amir Scholarship for Local Diploma & Degree Students http://scholarships.malaysia-students.com/2017/04/biasiswa-yayasan-manan-amir-scholarship.html
  3. 22 May 2017: Biasiswa JPA: Penawaran Program Penajaan 9A+ SPM 2016 http://scholarships.malaysia-students.com/2017/05/tawaran-biasiswa-jpa-program-penajaan-9a-spm.html
  4. 30 May 2017: Biasiswa Yayasan Tun Suffian Cambridge Scholarship Awards http://scholarships.malaysia-students.com/2017/03/biasiswa-yayasan-tun-suffian-cambridge-scholarship.html
  5. 1 June 2017: Hong Leong Foundation Local Undergraduate Scholarship Application http://scholarships.malaysia-students.com/2017/04/hong-leong-foundation-undergraduate-scholarship-application.html
  6. 18 June 2017: Penang Future Foundation (PFF) Undergraduate Scholarship http://education.malaysia-students.com/2017/03/penang-future-foundation-pff.html
  7. 30 June 2017: Biasiswa OCBC Bank Malaysia Local Undergraduate Scholarships http://scholarships.malaysia-students.com/2017/04/biasiswa-ocbc-bank-malaysia-local-undergraduate-scholarships.html
  8. 31 December 2017: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) Discount on Repayment http://scholarships.malaysia-students.com/2016/10/perbadanan-tabung-pendidikan-tinggi-nasional-ptptn-repayment-discount.html
  9. Open throughout the year: Maxis What’s Next Scholarship for Postgraduate Degree/Diploma Programme http://scholarships.malaysia-students.com/2017/03/maxis-whats-next-scholarship-programme.html
  10. Open throughout the year: Biasiswa Karangkraf Scholarship Education Fund http://scholarships.malaysia-students.com/2016/10/biasiswa-karangkraf-scholarship-education-fund.html
  11. Open throughout the year: Amcorp Study Grant for ACCA Qualification in Collaboration with Yayasan Azman Hashim Foundation http://scholarships.malaysia-students.com/2016/10/amcorp-study-grant-for-acca.html
  12. 36 Scholarships for IPTA Undergraduate Students http://scholarships.malaysia-students.com/2014/08/scholarships-for-ipta-undergraduate-students.html
  13. Throughout the year: Intel Malaysia Scholarships http://scholarships.malaysia-students.com/2014/10/intel-malaysia-scholarships.html


Biasiswa JPA Program Penajaan SPM 9A+ e-Profiling
Tarikh tutup permohonan ialah pada 22 Mei 2017 (Isnin) jam 5.00 petang. Permohonan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan. Tarikh Keputusan Penawaran: 2 Jun 2017.

TAWARAN PENAJAAN JABATAN PERKHIDMATAN AWAM (JPA) BAGI MENGIKUTI PENGAJIAN PERINGKAT PERSEDIAAN DAN IJAZAH PERTAMA DI BAWAH PROGRAM PENAJAAN 9A+ (P9A+) TAHUN 2017

Program Penajaan 9A+ (P9A+) tahun 2017 merupakan penajaan automatik kepada pelajar cemerlang lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2016 yang mendapat keputusan A+ dalam semua mata pelajaran yang diambil dalam SPM 2016 dengan minima sembilan (9) mata pelajaran diambil untuk melanjutkan pelajaran ke universiti-universiti di dalam negara. Calon-calon akan ditawarkan penajaan secara Pinjaman Boleh Ubah (PBU) untuk mengikuti pengajian peringkat Persediaan sehingga ke Ijazah Pertama tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan dan pengiktirafan bidang.

PERINGKAT PENGAJIAN

  • Program Persediaan
    • Pelajar-pelajar akan mengikuti program persediaan di dalam negara yang telah ditetapkan oleh Kerajaan seperti di bawah.
  • Ijazah Pertama
    • Pelajar-pelajar akan ditaja untuk mengikuti pengajian peringkat Ijazah Pertama di institusi pengajian tinggi dalam negara sahaja. Senarai universiti adalah seperti di Lampiran B.
Sekiranya pelajar tidak menamatkan kursus persediaan atau menamatkan kursus Persediaan dan gagal melepasi had kecemerlangan (Cut of Point) yang ditetapkan oleh Kerajaan untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Pertama, penajaan pelajar akan ditamatkan.

SYARAT PENAJAAN

Syarat Umum
  1. Calon adalah warganegara Malaysia;
  2. Ibu dan/atau bapa dan/atau ahli keluarga tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang JPA;
  3. Calon tidak menerima bantuan kewangan / tajaan dari mana- mana agensi untuk peringkat atau pengajian yang sama; dan
  4. Calon-calon bagi bidang Perubatan, Pergigian dan Farmasi hendaklah mempunyai kesihatan yang baik dan tidak mengidap penyakit-penyakit kritikal seperti Hepatitis, AIDS, HIV dan sebagainya.
Syarat Khusus
  1. Menduduki peperiksaan SPM tahun 2016 kali pertama di mana-mana sekolah menengah termasuk sekolah khas, sekolah swasta dan calon-calon persendirian;
  2. Mendapat keputusan A+ dalam semua mata pelajaran yang diambil dalam SPM 2016 dengan minima sembilan (9) mata pelajaran; dan
  3. Umur belum mencapai 18 tahun (19 tahun bagi pelajar peralihan) pada 31 Disember tahun peperiksaan SPM diduduki.

PENAJAAN KE PROGRAM PERSEDIAAN

Pelajar-pelajar akan mengikuti program persediaan di dalam negara yang telah ditetapkan oleh Kerajaan seperti di bawah:
  1. Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM)
  2. Matrikulasi
  3. Asasi*
  4. Foundation IPTS*
* Dilaksanakan di Institusi-institusi seperti di Lampiran B

PENAJAAN KE PERINGKAT IJAZAH PERTAMA

Pelajar-pelajar akan ditaja untuk mengikuti pengajian peringkat Ijazah Pertama di institusi pengajian tinggi dalam negara mengikut bidang seperti senarai di Lampiran B sahaja dengan syarat pelajar melepasi had kecemerlangan yang ditetapkan oleh Kerajaan.
SENARAI UNIVERSITI DAN BIDANG PENAJAAN DI BAWAH PROGRAM 9A+
PERMOHONAN BIASISWA JPA

MEKANISME PERJANJIAN PINJAMAN

Calon-calon yang berjaya ditawarkan penajaan di bawah program ini dan bersetuju untuk ditaja oleh JPA adalah tertakluk kepada terma ikatan perjanjian JPA seperti berikut:
  1. Pinjaman akan ditukar kepada biasiswa dan dikecualikan daripada bayaran balik sekiranya pelajar berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam; atau
  2. Bayaran balik sebanyak 25% daripada jumlah pinjaman yang diterima sekiranya pelajar berkhidmat dalam syarikat berkaitan Kerajaan (GLC); atau
  3. Bayaran balik sebanyak 50% daripada jumlah pinjaman yang diterima sekiranya pelajar berkhidmat dengan syarikat swasta dalam negara; atau
  4. Selain daripada keadaan seperti di atas, pelajar dikehendaki membayar balik sepenuhnya nilai pinjaman.

CARA MEMOHON BIASISWA JPA

Pelajar yang berminat perlu mengisi profiling secara atas talian (online) di http://esila2.jpa.gov.my yang dibuka khusus kepada calon terlibat sahaja.

Calon dibenarkan mendaftar, mengemas kini/ meminda maklumat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan. Hanya pindaan yang terkini sahaja diambil kira untuk tujuan penyimpanan data.

Pertanyaan mengenai program tajaan dan masalah teknikal boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-8885 3049 (5 talian) pada setiap hari bekerja mulai jam 8:30 pagi hingga jam 5:30 petang.

Link: IKLAN PROGRAM PENAJAAN 9A+.pdf