Skip to main content

Felda-Johore Bulkers Scholarship


Closing Date 
28 September 2011

Anugerah Biasiswa Felda-Johore Bulkers Sdn Bhd 2011 kini dibuka untuk permohonan.

Rakyat Malaysia yang akan/telah melanjutkan pengajian di peringkat ijazah sarjana muda dalam bidang-bidang Sains Kimia dan Kejuruteraan Kimia bagi sesi kemasukan September 2011 layak untuk memohon.

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
a)    Sekurang-kurangnya 6A dalam peperiksaan SPM  atau 3.5 mata dalam peperiksaan STPM;
b)    minimum CGPA 3.5 bagi pelajar-pelajar kemasukan terus dari Pusat Asasi Matrikulasi; dan
c)    belum terikat dengan mana-mana tawaran biasiswa atau pinjaman daripada syarikat lain atau kerajaan.
 
NILAI BIASISWA
·         RM30,000 sepanjang tempoh pengajian
·         Komputer riba beserta pencetak bagi tujuan pembelajaran
·         Latihan industri berbayar di Felda-Johore Bulkers Sdn Bhd

KONTRAK
Berkhidmat dengan Felda-Johore Bulkers Sdn Bhd bagi tempoh sekurang-kurangnya 4 tahun setelah lulus pengajian.
 
CARA PERMOHONAN
·         Borang permohonan boleh dimuat turun melalui laman web Universiti Malaya. Semua permohonan mestilah disertakan dengan salinan keputusan peperiksaan terkini (SPM, STPM, Matrikulasi atau yang berkaitan)
·         Borang yang lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang ditandakan “Anugerah Biasiswa Felda-Johore Bulkers 2011” di bahagian atas sebelah kiri, dan dihantar ke FELDA-JOHORE BULKERS SDN BHD P.O.Box 67, 81707 Pasir Gudang, Johor, atau dihantar secara email.
·         Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Pengurus Sumber Manusia, Felda-Johore Bulkers Sdn Bhd di no.tel : 07-2514282 atau email : [email protected] @ [email protected]
·       Hanya calon yang disenarai pendek sahaja yang akan dihubungi.