Skip to main content

Tunku Abdul Rahman Foundation Scholarship



CLOSING DATE
30 September 2011

BANTUAN PELAJARAN TUNKU ABDUL RAHMAN (BPTAR)
Yayasan  Tunku  Abdul  Rahman  (YTAR)   mempelawa   permohonan   daripada   Warganegara   Malaysia yang berkelayakan  untuk  dihadiahkan   BANTUAN   PELAJARAN  TUNKU  ABDUL  RAHMAN.  Bantuan   Pelajaran  ini diwujudkan  untuk  mengenang  jasa  Almarhum  Y.T.M.  Tunku  Abdul  Rahman  Putra Al-Haj sebagai  Perdana   Menteri  Pertama  dan  Bapa  Kemerdekaan  Malaysia.

Bantuan ini  khusus  untuk  pelajar  yang  berasal  daripada  keluarga miskin untuk menampung  kos sara  hidup pelajar semasa di IPTA. Dengan demikian penerima akan dipilih daripada pelajar dari Institusi Pengajian Tinggi Awam Negara yang berasal daripada keluarga miskin dan daif.

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
        (i)      Warganegara Malaysia.
       (ii)     Berdaftar sepenuh masa dalam sebarang program ijazah Sarjana Muda di IPTA tempatan.
       (iii)    Berlatarbelakang keluarga miskin.
       (iv)    Peminjam PTPTN layak memohon
                                        
KADAR BANTUAN DAN CARA BAYARAN
Amaun bantuan dan bilangan penerima akan ditentukan secara muktamad dan mutlak oleh Lembaga Pemegang Amanah YTAR. Sumbangan akan diberi melalui Bendahari universiti.
   
PENGESAHAN PENDAPATAN KELUARGA
Maklumat berkaitan pendapatan keluarga pemohon hendaklah disahkan oleh seorang Penghulu Mukim (atau setaraf) atau Ketua Jabatan (Majikan ibu bapa/penjaga) yang benar-benar mengenali keluarga pemohon.

PERMOHONAN
Klik di www.yayasantar.org.my untuk memuat turun Borang Permohonan Bantuan Pelajaran Tunku Abdul Rahman. Semua permohonan mesti diserahkan kepada Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) universiti anda.

Hanya calon yang disenarai pendek akan dihubungi.

Pemohon yang tidak dihubungi selepas 2 bulan dianggap tidak berjaya.