Skip to main content

Pinjaman Pendidikan Yayasan Negeri Sembilan


PINJAMAN PENDIDIKAN YAYASAN NEGERI SEMBILAN


CLOSING DATE
31 October 2011


PERMOHONAN PINJAMAN PENDIDIKAN YAYASAN NEGERI SEMBILAN BAGI KURSUS PERINGKAT PhD, SARJANA, IJAZAH SARJANA MUDA DAN DIPLOMA BAGI SESI PENGAJIAN 2011/2012

Permohonan adalah dipelawa daripada anak-anak Negeri Sembilan Darul Khusus yang telah ditawarkan untuk melanjutkan pengajian di institusi-institusi berikut untuk dipertimbangkan tajaan pinjaman pendidikan Yayasan Negeri Sembilan bagi mengikuti kursus peringkat PhD, Sarjana, Ijazah Sarjana Muda dan Diploma:-

i) Semua Universiti Awam Tempatan (IPTA)
ii) Semua Politeknik Tempatan (Kementerian Pengajian Tinggi)


SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
1. Tawaran adalah terbuka kepada calon-calon anag Negeri Sembilan ; atau
a) Salah seorang daripada ibu/bapa kelahiran Negeri Sembilan ; atau
b) Salah seorang daripada ibu/bapa telah menetap tidak kurang dari lapan (8) tahun berterusan di Negeri Sembilan. (Surat pengesahan daripada Ketua Jabatan/Ketua Kampung/Penghulu / JKKK/Wakil Rakyat kawasan berkenaan hendaklah dilampirkan).

CARA MEMOHON

Permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang permohonan yang boleh didapati terus daripada Pejabat Yayasan Negeri SembiIan dan melaluI laman web www.yns.gov.my.

PERINGATAN
1. Permohonan yang tidak lengkap atau tidak memenuhi syarat tidak akan diproses.
2. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan dalam tempoh 2 bulan dari tarikh tutup permohonan, hendaklah menganggap bahawa permohonan tersebut tidak berjaya.

PERMOHONAN DIBUKA;-
• 1 Jun - 31 Julai (bagi peringkat Diploma sahaja)
• 1 September - 31 Oktober (bagi peringkat PhD, Sarjana dan Ijazah Sarjana Muda sahaja)

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi:
BAHAGIAN PENDIDIKAN YAYASAN NEGERI SEMBILAN
TKT 11, BANGUNAN YAYASAN NEGERI SEMBILAN
JALAN YAM TUAN
70000 SEREMBAN
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS
TEL:- 06-7628046 Website: www.yns.gov.my Email: [email protected]