Skip to main content

Tawaran Pinjaman Pelajaran Kerajaan Negeri Selangor


CLOSING DATE
8 October 2011

TAWARAN PINJAMAN PELAJARAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR 
SESI KEDUA TAHUN 2011
Pemohon adalah dipelawa untuk memohon Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor dan Pinjaman Pelajaran Tenaga Mahir 'Fast Track' bagi mengikuti pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)/ Institut Pengajian Tinggi Swasta (lPTS) tempatan yang diiktiraf oleh Kerajaan secara Sepenuh Masa bagi Sesi Kedua Tahun 2011 bermula pada 8 Ogos 2011 (lsnin).

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN
Pemohon mestilah terdiri daripada Rakyat D.Y.M.M. Sultan Selangor Darul Ehsan yang memenuhi kriteria-kriteria seperti berikut:
(i) Pemohon lahir di Negeri Selangor; atau
(ii) Ibu atau Bapa pemohon lahir di Negeri Selangor; atau
(iii) Pemohon lahir di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum 1 Februari 1974; atau
(iv) Pemohon telah bermastautin lebih dari lima (5) tahun di Negeri Selangor dengan pengesahan daripada ADUN/ Penghulu/ Pengerusi JKKK/ Ketua Kampung.

Tawaran ini adalah terbuka bagi peringkat pengajian seperti berikut:
(i) Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor
Semua bidang pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda/ Diploma di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)/ Institusi Pengajian Tinggi Swasta (lPTS) tempatan yang diiktiraf oleh Kerajaan serta pengajian peringkat Sijil di Politeknik/ Kolej Komuniti (tidak termasuk Matrikulasi/ Kursus Persediaan/ Tahun Asas/ A-Level/ ACCA/ljazah Lanjutan).

(ii) Pinjaman Pelajaran Tenaga Mahir 'Fast Track' Negeri Selangor:
Bidang kemahiran dan teknikal peringkat Sijil di IPTS tempatan yang diiktiraf oleh Kerajaan bagi pengajian dalam tempoh kurang dari satu (1) tahun sahaja.

Pemohon juga mestilah memenuhi syarat-syarat kelayakan akademik seperti berikut:

IJAZAH PERTAMA
• Memperoleh kelayakan Sijil Tahun Asas/ Pra-Ijazah/ Matrikulasi/ Diploma dengan kelulusan PNGK/ CGPA 2.50 ke atas; atau
• Memperoleh sekurang-kurangnya empat (4) Gred C dalam mana-mana mata pelajaran di peringkat STPM; atau
• Memperoleh sekurang-kurangnya lima (5) kelulusan (jayyid) dalam mana-mana mata pelajaran di peringkat STAM.

DIPLOMA
• Memperoleh sekurang-kurangnya lima (5) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran di peringkat SPM; atau
• Memperoleh kelayakan Sijil dengan kelulusan PNGK/ CGPA 2.50 ke atas.

SIJIL (IPTA)
• Memperoleh sekurang-kurangnya empat (4) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran di peringkat SPM.

SIJIL (bidang kemahiran & teknikal sahaja)
• Memperoleh sekurang-kurangnya tiga (3) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran di peringkat SPM;

KADAR PINJAMAN YANG DITAWARKAN
Kadar Pinjaman Pelajaran Kerajaan Negeri Selangor (Setahun) yang ditawarkan adalah seperti berikut:

* Ijazah (Perubatan) - RM7,000.00
* Ijazah (Lain-lain) - RM6,500.00
* Diploma - RM4,900.00
* Sijil - RM4,000.00

Nota: Kadar tajaan pinjaman ini adalah terpakai bagi pengajian di semua IPTA dan IPTS tempatan

PROSEDUR PERMOHONAN
Permohonan adalah secara atas talian / online sahaja.

Sila layari laman web rasmi Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor http://tkwbns.selangor.gov.my dan sekiranya memerlukan informasi  tambahan, hubungi:
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Unit Biasiswa & Pinjaman Pelajaran
Tingkat 3, Bangunan Sultan Salah uddin Abdul Aziz Shah
40503 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Tel: 03-5521 2275 I 5544 7543.
Permohonan yang tidak mendapat sebarang maklumbalas dalam tempoh tiga (3) bulan selepas tarikh tutup permohonan ini adalah dianggap tidak berjaya. Keputusan permohonan boleh disemak melalui laman web rasmi Negeri Selangor www.selangor.gov.my