14 Mac 2016
GARIS PANDUAN PERMOHONAN PINJAMAN PELAJARAN MARA PROGRAM PERSEDIAAN PELAJAR CEMERLANG LEPASAN SPM 2015 DALAM & LUAR NEGARA
MAKLUMAT PERMOHONAN PINJAMAN PELAJARAN MARA
- Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian (online) di laman web MARA http://www.mara.gov.my mulai 8 Mac 2016 hingga 14 Mac 2016.
- Pemohon yang memenuhi syarat kelayakan ditetapkan sahaja akan dipanggil untuk menduduki ujian penilaian dan temuduga.
- Semakan keputusan ujian penilaian dan temuduga akan dikeluarkan dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh permohonan ditutup.
- Semakan keputusan penempatan ke program ini boleh disemak mulai 8 Mei 2016 di laman web MARA http://www.mara.gov.my
- Permohonan yang tidak mendapat maklum balas selepas 8 Mei 2016 adalah dianggap tidak berjaya dan keputusan adalah muktamad.
- Sekiranya pemohon didapati memberi maklumat palsu, MARA berhak pada bila-bila masa tanpa memberi apa-apa sebab menamatkan atau menarik balik tawaran pinjaman.
- Keutamaan diberikan kepada Pelajar Cemerlang dari golongan keluarga yang berpendapatan rendah.
- Pemohon dan salah seorang ibu atau bapa berketurunan Melayu / Bumiputera dan warganegara Malaysia.
- Nama ibu bapa / penjaga serta pelajar tidak termasuk dalam senarai hitam MARA.
- Pemohon tidak menerima bantuan kewangan / tajaan dari mana-mana agensi untuk pengajian atau peringkat yang sama.
- Mempunyai kesihatan yang baik dan tidak mengidap penyakit-penyakit kritikal seperti Hepatitis, Aids, HIV dan sebagainya.
- Menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2015 buat kali pertama.
- Bidang-bidang keutamaan penajaan MARA :
- Science, Technology, Engineering dan Mathematics (STEM)
- Program yang ditawarkan terdiri dari Program Persediaan Ijazah Dalam dan Luar Negara serta Program Profesional.
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh menghubungi butiran seperti di bawah:
PengarahTelefon: 03-2613 2060 / 32056 / 32063 / 32108 / 32065 / 32098
Bahagian Penganjuran Pelajaran
Tingkat 3, Ibu Pejabat MARA
21, Jalan Raja Laut
50609 Kuala Lumpur
Waktu urusan: 9.00 pagi hingga 5.00 petang
Email : [email protected]
Facebook : PostspmMARA
Link: http://esilav2.jpa.gov.my