25 Mac 2016
Peneraju Tunas Potensi
Tawaran program pembiayaan pendidikan ini terbuka kepada semua Bumiputera Malaysia yang mempunyai prestasi serta berminat untuk melanjutkan pengajian mereka ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Pembiayaan pendidikan ini merangkumi yuran penuh akademik, elaun sara hidup dan sokongan pembangunan insaniah.
Program Pembiayaan Pendidikan Tunas Potensi
Program ini merupakan satu program pembiayaan pendidikan untuk pelajar lepasan SPM/STPM yang berpotensi, berpendapatan isirumah rendah dari latarbelakang yang mencabar bagi mendapatkan pendidikan tertiari berkualiti. Tawaran program pembiayaan pendidikan ini terbuka kepada semua Bumiputera Malaysia yang mempunyai prestasi serta berminat untuk melanjutkan pengajian mereka ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT).
Syarat-syarat Kelayakan
Untuk memohon, sila pastikan anda memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (Yayasan Peneraju) seperti yang berikut:
- Bumiputera Warganegara Malaysia (Lepasan SPM/STPM 2015)
- Keputusan Percubaan Peperiksaan SPM/STPM:
- SPM 2015
Calon Persediaan Ke Luar Negara Minima 8A Sekurang-kurangnya A bagi subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Pendidikan Islam/Moral, Sejarah, Matematik Tambahan, Kimia dan Fizik/Biologi Calon Kursus Sains Kesihatan Minima 8A- (Sekurang-kurangnya A- bagi subjek Biologi, Kimia dan Matematik) Calon Kursus Kejuruteraan Minima 7A- (Sekurang-kurangnya A- bagi subjek Fizik/Kimia, Matematik dan Matematik Tambahan) Calon Kursus Lain-Lain Minima 5A- (Mendapat sekurang-kurangnya gred B bagi subjek Matematik, gred C+ bagi subjek Bahasa Inggeris dan gred C bagi subjek Sejarah)
- STPM 2015
Minima 2A- (Mendapat Minima 5A- bagi SPM 2013 dengan sekurang-kurangnya gred B bagi subjek Matematik, C+ bagi subjek Bahasa Inggeris dan gred C bagi subjek Sejarah)
- SPM 2015
- Jumlah pendapatan atau gaji kasar ibu dan bapa / penjaga tidak melebihi RM4,000 sebulan.
- Aktif dalam ko-kurikulum dan menunjukkan sifat kepimpinan yang tinggi.
Sila semak senarai kursus dan institusi pengajian (beserta kelayakan minima) di bawah tajaan Yayasan Peneraju dan Soalan-Soalan Lazim sebelum membuat permohonan.
Bidang-bidang Pengajian
Sains Kesihatan, Kejuruteraan, Sains Sosial, Perniagaan dan Pengurusan, Kewangan dan Perbankan, Teknologi, Servis, Pendidikan, dan Komunikasi.
Link: http://yayasanpeneraju.com.my