18 Mac 2016
BIASISWA YANG DI-PERTUAN AGONG SESI PENGAJIAN 2016/2017 JABATAN PERKHIDMATAN AWAM (JPA)
Biasiswa Yang di-Pertuan Agong ini adalah bagi mengiktiraf kebolehan luar biasa seseorang pelajar, di samping memberi peluang kepada pelajar untuk melanjutkan pengajian di peringkat Pasca Ijazah dalam bidang Sains dan Teknologi, Ekonomi, Undang-undang dan Kewangan Islam. Kelebihan biasiswa ini adalah dari segi kadar biasiswa yang ditawarkan, syarat-syarat kelayakan dan penempatan di universiti-universiti yang terkemuka.
Bilangan biasiswa yang disediakan adalah dua belas (12) biasiswa iaitu enam (6) biasiswa untuk peringkat Kedoktoran (PhD) dan enam (6) biasiswa untuk peringkat Sarjana setiap tahun.
Bidang Pengajian dan Syarat Khusus Permohonan Biasiswa JPA
Sila rujuk di sini untuk syarat permohoanan, senarai bidang pengajian dan senarai universiti.
Kriteria dan Syarat Permohonan Biasiswa JPA
Kriteria utama yang digunakan bagi pemilihan calon-calon untuk mendapatkan Biasiswa Yang di-Pertuan Agong ini adalah berdasarkan kepada kecemerlangan akademik yang dimiliki oleh calon-calon. Di samping itu, kriteria berikut juga diambil kira di dalam pemilihan calon-calon iaitu:
- Penglibatan dalam kegiatan ko-kurikulum atau aktiviti kemasyarakatan atau hasil kerja kreatif dan inovatif; dan
- Prestasi semasa temuduga.
- Warganegara Malaysia;
- Berumur tidak melebihi 35 tahun pada tahun memulakan pengajian;
- Memiliki Ijazah Sarjana Muda/ Sarjana yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan pencapaian CGPA minimum 3.75 atau kelas pertama atau yang setaraf dengannya;
- Aktif dalam kegiatan ko-kurikulum atau aktiviti kemasyarakatan atau menghasilkan kerja-kerja kreatif dan inovatif;
- Mahir dalam lebih daripada satu bahasa antarabangsa; dan
- Telah mendapat tempat pengajian di universiti penyelidikan tempatan atau di universiti terkemuka di dunia.
PERMOHONAN BIASISWA YANG DI-PERTUAN AGONG SESI PENGAJIAN 2016/2017 JPA
Borang permohonan hendaklah diisi secara dalam talian (on-line) melalui portal www.jpa.gov.my atau http://esilav2.jpa.gov.my mulai jam 9.00 pagi, 07 Mac 2016.
Pemohon hanya dibenarkan menghantar satu (1) permohonan sahaja.
Pemohon dikehendaki menghantar Kertas Cadangan Pengajian (Research Proposal) dalam Bahasa Malaysia untuk pengajian dalam negara atau Bahasa Inggeris bagi pengajian di luar negara. Download panduan menulis cadangan penyelidikan/pengajian.
Pemohon dikehendaki untuk menghantar salinan dokumen/ sijil-sijil yang telah diakui sah semasa mengemukakan permohonan. Dokumen/ sijil-sijil asal perlu dibawa semasa menghadiri temuduga.
Semua permohonan akan diproses selepas tarikh tutup permohonan. Hanya pemohon yang telah disenarai pendek sahaja yang akan dipanggil untuk menghadiri sesi temu duga. Keputusan pemohon yang berjaya disenarai pendek boleh disemak di portal www.jpa.gov.my mulai 28 Mac 2016.
Bagi pemohon yang terdiri daripada kakitangan perkhidmatan awam, pemohon hendaklah mengisi borang tambahan iaitu borang JPA(L)LDP 1B/96 (Pin.1/2003) dengan pengesahan markah LNPT bagi tahun 2013, 2014 dan 2015 oleh Ketua Jabatan.
Semua pemohon perlu memastikan ibu bapa pemohon tidak tersenarai dalam senarai hitam peminjam skim pinjaman pelajaran JPA dan tidak melanggar perjanjian dengan pihak Kerajaan. Sekiranya ini berlaku, pemohon tidak akan ditawarkan biasiswa.
Tiada sebarang rayuan akan diproses oleh Jabatan ini sekiranya pemohon gagal untuk disenarai pendek.
Tarikh tutup permohonan dalam talian (on-line) Biasiswa Yang di- Pertuan Agong Sesi Pengajian 2016/2017 dan tarikh akhir bagi mengemukakan borang permohonan ialah pada 18 Mac 2016 melalui serahan tangan atau pos ke:
Jabatan Perkhidmatan AwamPertanyaan mengenai Biasiswa Yang di-Pertuan Agong Sesi Pengajian 2016/2017
Bahagian Pembangunan Modal Insan
Aras 3, Blok C1, Kompleks C
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62510 PUTRAJAYA
(u.p: Unit Pengurusan Penawaran Dalam Perkhidmatan)
Hubungi talian 03-88853546/3569/3879 pada setiap hari bekerja mulai jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang atau e-mel di alamat [email protected].
Link: http://esilav2.jpa.gov.my